Monday, July 5, 2010

Aku Gembira Kerana KL MARATHON (1:06:32)


Bib no. : 80101
Rank : 576
Category : 10KM (Men Open)
GunTime : 1:11:51
Net : 1:06:32

Haishhh... Dah seminggu dah, baru hari ni nak update blog ni. Lambat betul lah. Semenjak dua menjak dilantik menjadi ketua darjah ni (siyul la!), sibuk sikit gamaknya. Nak urus itulah, inilah... (Itulah, dulu gelakkan orang yang ketua darjah. Sekarang aku yang kena! Pelepek!). 

Ok, tak apa. Aku terima, hehe... Masa Encik Bisshukri umumkan jawatan baru aku tu pun, aku mampu senyum. Senyum paksa lah... Ambil sajalah. Orang dah bagi.



Untuk coretan kali ni aku tak nak sentuh pasal hal-hal belajar aku ni. Aku nak cerita pasal... KL MARATHON aku yang pertama. Haha... Riak beb! Tapi aku tak masuk acara full marathon lah. Layan 10 km pun jadilah. Ok la tu kot... Selama ni pun aku paling jauh lari 7 km untuk rentas desa masa sekolah menengah dulu. Itu pun separuh mati. 
Mula-mula gugup jugalah nak masuk, macam biasalah. Nasib baik lah ada pengalaman masuk Menara KL Towerthon dan Duathlon University Series. Bolehlah nak senangkan hati yang gundah-gulana ni.

Selain aku, ada lagi yang 'mengada-ngada' nak mencuba masuk marathon ni. Hadi, Mirul, Mat dan Bosh saja cari pasal, sama macam aku. Haha... Semua nak cari pengalaman baru. Mc pula mencuba untuk full marathon yang pertama dalam hidupnya.

2 comments:

cryclown said...

heheh..
nnt kne update diri tuk half lak:P

ah cai said...

hailz!