Sunday, November 29, 2009

Jodoh Pertemuan di Tangan Tuhan... Betul Ke?

Hari Raya Aidil Adha baru ni aku tak ke mana. Duduk di rumah sajalah. Kalau nak ditanya apa pengorbanan sempena Aidil Adha tahun ni, aku pun tak pasti lagi. Mungkin ada satulah. Tahun depan aku nak masuk siri University Duathlon dan beberapa acara marathon yang ada. So, pengorbanan aku ialah kena jadi orang yang normal dulu. Waktu tidur, makan dan latihan yang cukup semua kene jaga. OK tak pengorbanan aku macam tu. InsyaALLAH aku berjaya... Hehe...
Sabtu lepas aku ada tengok satu telemovie di TV3, tak silap tajuknya Korban Kasih Marlisa. Pelakon-pelakonnya boleh tahan macam Umie Aida, Awal dan kekasih baru aku, siapa lagi kalau bukan Tizz Zaqyah. Hehe... Jangan marah yek.
Aku bukan nak cerita pasal cerita tu tapi ada sesuatu yang menangkap fikiran aku dalam dialog yang diucapkan oleh Umie. Dalam cerita itu, Umie ada cakap, "Jodoh pertemuan di tangan Tuhan..." Dengar sahaja dialog itu, aku terus teringatkan Mc. Hari itu dia ada cakap, betulkah ayat itu? Maksud aku bukan nak menafikan ALLAH yang menentukan setiap apa yang kita rancangkan, tapi perkataan 'tangan' itu yang mengganggu fikiran beberapa hari ini.
Bukan apa, aku rasa dah tak relevan rasanya gunakan ayat macam tu lagi. Kita sebagai hamba pasti tak tahu bagaimana zat sebenar Maha Pencipta. Kita langsung tak ada hak untuk menentu nilai bagaimana keadaanNYA yang sebenar. Namun, mungkin aku yang silap. Mungkin kenyataan tersebut merupakan kiasan yang berbentuk metafora tentang kuasa ALLAH yang menentukan semua nasib hambaNYA. Aku bukan nak tunjuk pandai atau apa, tapi sekadar menyampaikan apa yang membelenggu selama ini. Aku harap sesiapa yang ada jawapan untuk merungkai masalah ini, bolehlah dikongsikan dengan semua... Wallahualam.

2 comments:

Unknown said...

cara yang lebih afdal ialah dengan berkata jodoh dan ajal adalah ketentuan Allah s.w.t..maka disitu kita takde lah menyatakan sifat fizikal...betul tak..kalo silap sila betulkan ya

nyOng.is.me said...

wallahualam... mngkin itu penyelesaian terbaik bagi mengelak rsa sangsi...