Thursday, November 4, 2010

Akhirnya Aku Bercinta!

Ya ALLAH, apa nak jadi dengan HARI INI HARI YANG INDAH! Mana penulisnya? Dah malas nak menulis ke? Dah mati idea ke? Dah tak reti nak menulis ke? Dah hilang ingatan? Atau dah kahwin, jaga bini sampai langsung tak jengah blog ni???

Entah lah... Aku tanya dan aku sendiri dah tak ada jawapan.

Mujurlah sejak bercinta ni datang balik semangat nak menulis. Kalau tak... 

Apasal anda asyik tengok perkataan bercinta tu? Sebab aku highligh? Atau sebab anda terkejut aku bercinta? Atau anda tak suka aku bercinta? Hahaha... Memang aku bercinta. Ada masalah? Kalau aku bercinta tak boleh publish ke? Kenapa pula tak boleh? Tak suka sebab aku bercinta dengan 'dia' dan  orang lain langsung tak suka dengan 'dia'? Apa salahnya aku bercinta? Salah ke aku bercinta dengan 'KEBOSANAN'???

 
Ok, fine! Tolong bagi idea pada aku nak buat apa supaya 'dia' ni pergi?

Ini mangsa 'KEBOSANAN'.

Monday, October 25, 2010

Integrasi dalam Pendidikan (Laporan Razak)

“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai pengantar yang utama, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah dibuat dengan beransur-ansur.” - Laporan Razak


Aku 'bersuara' di Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Jasmani & Kesihatan 2010


Di sekolah, guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan mengintegrasikan murid yang berbilang kaum. Masalah dalam menyatupadukan rakyat Malaysia ini sebenarnya sudah lama berlaku. Masalah utama yang dihadapi selepas Malaysia mencapai kemerdekaan ialah memupuk perpaduan antara kaum. Ia jelas dapat dilihat dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pada waktu ini, prestasi perpaduan di Malaysia teramatlah teruk hingga pemimpin ketika itu terpaksa mengisytihar darurat di seluruh negara. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat diatasi sedikit demi sedikit sehinggalah ia berjaya membina semula semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Salah satu cara penyelesaiannya adalah melalui pendidikan seperti yang telah dinyatakan dalam Laporan Razak. Jika dilihat dari segi pendidikan, guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam hal menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 


KEBERKESANAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI 
DALAM MENGINTEGRASIKAN MURID BERBILANG KAUM 
 MURID TAHUN 2 URANUS SK METHODIST (ACS) SEREMBAN

Tuesday, October 19, 2010

Mizuno Wave Run 2010 Malaysia (1:06:15)

Alhamdulillah, selesai...


Suatu hari nanti nak cuba jenama Mizuno pula.

Itu saja ucapanku sewaktu melewati garis penamat. Aku dah tak larat. Kudratku hanya sampai situ. Bukit-bukau di UPM ni memang mencabar iman. Tambah pula dengan aku yang tak cukup latihan, tak cukup tidur. Tapi sekurang-kurangnya aku sudah selesaikannya. Tak sia-sia perlaburan RM45 kakandaku semata-mata untuk memastikan aku tak ketinggalan dalam Mizuno Wave Run 2010 Malaysia ni. 


Pertama sekali aku rasa untuk marathon ni aku langsung tak berasa kesunyian sebab dari awal hingga ke akhirnya aku berlari dalam kelompok yang besar. Tahniah untuk mereka juga. Juga terima kasih kerana 'menemani' aku. 


Jalan yang sempit membuatkan keadaan agak sesak, tidak seperti KL Marathon. Namun aku suka keadaan itu, cuma malu melihat pakcik-pakcik yang selamba berlari memintas. Haha... Aku dah semakin perlahan. Dengan catatan yang tidak memuaskan hati, 1:06:15 (tidak rasmi), aku cuba untuk mengerah keringat dalam setiap langkah. Biar sumbang asal sampai!


'Mentorku' setia menemaniku.

Walaupun dengan emosi yang tak berapa nak stabil pagi itu, aku syukur sangat-sangat pasal dapat habiskan semua ni. Hari itu aku dan Mc saja (baca ini...) yang pergi tanpa pejuang-pejuang KAKIATHLETE yang lain. Mereka ada program masing-masing. Aku tak boleh nak kawal pergerakan mereka. Cuma harapan aku, mereka akan teruskan legasi kami berdua. Itu saja.


Aku kenal brader ni masa ikut Mc pergi Triathlon PD. Seronokkan dapat 'si dia' yang memahami siapa kita.

Terima kasih pada Jawa dan Aten yang hadir memberi sokongan hari tu dan tak lupa juga pada Haziq dan Aiman untuk 'kuda' yang dipinjamkan tu. Maklumlah, kami berdua ni hanya ada FELT dan GIANT. Hahaha...


Al-Fatihah untuk salah seorang peserta yang dijemput ILLAHI semasa event ini berlangsung.

Friday, October 15, 2010

Doa dan Harapan

Minggu sudah aku terlepas menyertai Nike City 10k di ibu negara. Huh... Kesilapan teknikal. Tak tahu nak salahkan siapa. Mungkin salah aku juga yang dah lama tak menjenguk kantung pos e-mail ku. Tup-tup, aku dah tak boleh sertai event ni. Ikutkan hati nak saja aku jadi pelari hantu hari tu, mmm... 




Tapi tak apalah. Minggu ni aku ada satu lagi event. Mungkin untuk yang terakhir kalinya buat aku untuk tahun ni. Malangnya latihan yang aku buat pun tidaklah sekerap dulu, hanya berlari 2.4km di Kompleks Belia Paroi 3 malam berturut-turut. Emm, moga saja aku dapat habiskan larian nanti.


Mizuno Wave Run mungkin jadi perhentian terakhir aku sebagai pelari untuk tahun ni. Tahun depan, wallahualam... Doakan aku. 
Hajat untuk memakai baju KAKIATHLETE tak kesampaian untuk event ini...