Wednesday, April 21, 2010

Gastby Deodorant Street Fair : Sekali Sekala Berpesta - Mengujakan!

Sekali tengok macam penyokong Thaksin sedang melakukan demonstrasi. Haha... Bukanlah!
Ketika mendapat undangan Nuffnang untuk memeriahkan event ni, aku berfikir dua kali sama ada nak pergi atau tidak. Tapi kalau ikutkan bisik hati ni memang betul-betul nak pergi. Saja nak jumpa dengan blogger lain. 
Banyak permainan yang menyeronokkan sepanjang event ni berlangsung. Cuma yang kurang seronoknya, tempat ni kecil sangat nak menampung peserta seramai ni. Mmm... Macamana tu? Siapa nak jawab? 

Kesimpulannya, event ni memang mengujakan. Pasal apa?
Pasal aku dapat kumpul banyak hadiah. Hehe... Cuma impian nak memiliki laptop Acer Ferarri tak kesampaian. Tak apalah, bukan rezeki aku. 
Satu lagi yang menarik, event ni berjaya mengumpulkan seramai 518 orang blogger yang menggamatkan Berjaya Times Square. Siap masuk MALAYSIA BOOK of RECORD tu! Haha... Kira aku tergolong dalam orang yang buat rekod la. 
Ni barang-barang yang aku dan sahabatku, Mc berjaya 'rompak' sepanjang event ni berlangsung. Kayo pakcik! Tahun depan kalau ada lagi, kami berdua memang berniat nak kumpul lagi banyak hadiah. Barang free kan, siapa yang tak nak.
Penat, memang memenatkan tapi nak buat macamana. Benda menyeronokkan, kejap saja hilang penat tu. Nasib baik ada gadis 'pencuci mata' yang disediakan penganjur. Makin kurang rasa penat tu (ucap dalam nada paling jahat!)
So, jutaan terima kasih kepada Nuffnang dan Gatsby yang menganjurkan event ni. Dapat hadiah, tambah pula dengan akaun Nuffnang aku yang dah semakin bertambah. Memang berbaloi!
Seronok jumpa dengan ramai blogger, tapi masalahnya nak tegur, segan pula. Ish...

8 comments:

Dewi Batrishya said...

HUaHuaHUa..
Takut nak tegur? :P
Just say 'Hi'.. simple enough.. :P
Had a Blast that day.. :)
Hope NUffnang buat event lagi..

FeeQ said...

yeah...jangan egan nak tegur or to avoid segan, kan i ada buat chill out time at krispy kreme 9am..kno tak join ^^"

kenwooi said...

so cool you get to go.. living away from KL is a disadvantage for me =)

nyOng.is.me said...

dewi : mula2 mmg dh berlatih,, byk kali dh ckp 'hi' kat dpn cermin. bila dh kat sana, hampeh tol... berat jek mulot ni. haha... kene berlatih lgi la... xper...che gu slalu ckp --> practice make perfect!
feeq : thnx bro.. try next time. moga2 lebih ramah lps ni! happy frenly!!!
kenwooi : xper... lps ni mnx buat event kat tmpt u lak.. asyik kat kl jek kan... hehe...

cryclown said...

hahahaha...
gem barbarian tu memang best..aku nak bli satu...

ah cai said...

ade gastby wax lebih x? hehehe

budleee said...

hehe memang event tu best..

wah stock gel rambut utk setahun tuuh :D

saya amik lagi byk deodorant :D

nyOng.is.me said...

haha... byk wo gel rmbut. leh wat niaga lagi!