Sunday, November 29, 2009

Cerita 'Simple' Dari Afdlin

Filem : Papadom
Pengarah : Afdlin Shauki
Terbitan : Tayangan Unggul

Afdlin kembali lagi dengan buah tangan terbaru yang mana aku dapat simpulkan bahawa filem ini lebih mudah, simple tapi berkesan berbanding filem-filem beliau yang lain. Mungkin tak keterlaluan jika aku katakan filem ini ialah filem terbaik dari sutradara prolifik ini. Maklum sajalah, belum ditayangkan lagi, filem ini sudah memenangi banyak anugerah di Festival Filem Malaysia termasuklah bagi katagori Filem Terbaik.

Papadom bukanlah sebuah kisah makanan kegemaran ramai semata-mata tetapi Adflin berjaya menggarap kisah ini menjadi lebih menarik hanya berpandukan subjek papadom. Jarang pembikin filem negara menggunakan idea seperti ini dalam karya mereka. Mungkin betul juga kata CEO Media Prima, Datuk Farid Ridzuan; di Malaysia hanya Afdlin yang berani buat cerita ikut acuan Hollywood.
Menampilkan pelakon-pelakon berbakat, plot Papadom bergerak dengan cukup cantik dan kemas. Ia tidaklah mengelirukan penonton. Siapa yang menonton pasti akan faham. Afdlin kali ini juga tidak menggunakan skrip atau dialog yang panjang tetapi banyak bermain dengan ekspresi wajah, tidak seperti karya beliau sebelum ini, Sumo-lah. Keadaan ini yang membuatkan penonton tidak bosan. Bayangkanlah, untuk babak sedih pun kita tetap boleh tersenyum. Bukan kerana babak sedihnya tak jadi tapi wujudnya elemen gembira yang mengharukan. Bijak betul Afdlin ini... Tidak hairanlah aku boleh layan cerita ini dua kali.
Lakonan Afdlin dan Liyana Jasmay tidak perlu dipersoal lagi. Begitu juga dengan Norkhiriah yang hadir dengan sejuta kelucuan. Farid Kamil dan Que Haidar pula berjaya membuktikan merekalah bakal pelapis hero Melayu satu hari nanti. Scha? Ooo... My sweet girl! Hot pula berlakon jadi si gedik yang malang. Hehe...

Kata Afdlin dalam blognya, beliau menghasilkan Papadom selepas dia terfikir akan kesibukkannya hingga hampir mengabaikan keluarganya. Sebab itulah, beliau menyarankan agar pada sesiapa yang menonton filem ini, hubungilah sesiapa saja yang disayangi dan nyatakan rasa sayang itu.

Brader yang pernah kata, "Sori, brader tak layan cerita Melayu," pun dah tengok cerita ni. Hehe...
Tabik spring pada Harun Salim Bachik, memang besh lakonannya.

Suka lagu Mia Zara!

2 comments:

nn said...

huhu. betul2. best. sy pun ad mber xtengok cerita melayu n xdgar lagu melayu tp dia cakap cerita ni best :)

nyOng.is.me said...

itulah masalah org2 macm diorang ni...
sampaikan ada yang xpernah tgk citer melayu tp selamba badak ckp, "Citer melayu tak best, tak berkembang!"
tak tgk tp suka2 jek nilai. pape jelah diorang ni...