Sunday, May 17, 2009

Mereka Yang Kau Ibaratkan Lilin!

Hari ini sahaja, aku menerima banyak mesej ucap selamat dari sahabat sempena 16 Mei. Antaranya :

Cikgu Emi -
Bad TEACHER complain, Good TEACHER explains, Better TEACHER demonstrates, Best TEACHER motivates, Great TEACHER inspires. Happy Teacher's Day!

Cikgu Amir Faiz -
GURU,
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam diam ada bijaksana,
Berbahagialah menjadi guru
Selamat Hari guru...
Happy Teacher's Day!

Cikgu Hadi -
Bila murid duduk... Cikgu berdiri,
Bila murid diseligi... Cikgu pula kena gari!
Murid datang naik BMW 7 siri...
Cikgu datang naik motor buruk road tax pun dah mati!
Murid belajar sampai PhD...
Cikgu baru berkira-kira nak sambung degree...
Namun begitu,
Di dunia cikgu berbakti,
Moga akhirat syurga tempat kita kekal abadi...
Selamat Hari Guru.

Cikgu Ramos -
Aku guru biasa sahaja yang ajar tulis baca, Happy Teacher's Day!

Cikgu Abe Li -
Guru yang tak kisah ialah guru yang tak marah,
Guru yang cemerlang ialah guru yang penyayang,
Guru yang tulen ialah guru yang rajin,
Guru yang asli ialah yang mengajar di sekolah Orang Asli...
Selamat Hari Guru.

Sumber : http://rob-jr.deviantart.com/art/teacher-youre-wonderful-18216491

Jadi, kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Cikgu Abdol Wahab (Abah), Cikgu Hadi, Cikgu Bos, Cikgu Amir, Cikgu Wan, Cikgu Alel, Cikgu Pa'an, Cikgu Rush, Cikgu Mc, Cikgu Aiman, Cikgu Ros, Cikgu Vicky, Cikgu Izza, Cikgu Amy, Cikgu Aza, Cikgu Baz, Cikgu Sasa, Cikgu Min, Cikgu Nurul, Cikgu Sarah, Cikgu Kak Cik (cikgu-cikgu dari unit yang paling aku sayangi PISMP-IPGM PJ/PK/BI), Cikgu Judin, Cikgu Maswafi, Cikgu Ramos, Cikgu Anep, Cikgu Lukman, Cikgu Wak, Cikgu Hardin dan semua-semualah cikgu yang pernah mengajar aku dalam hidup ini serta cikgu-cikgu di dalam dunia! Tak dapat nak tulis semua nama... Maaf banyak-banyak.
SELAMAT HARI GURU!!!

2 comments:

Maswafi Abd Samat said...

Ingat juga tuan pada saya!!!

nyOng.is.me said...

'Mmm...Yalah. Orang saja yang mahu ingat sama kita...'