Sunday, November 29, 2009

Powerman MALAKOFF - Manusia Berkuasa Tinggi

Akhirnya Mc berjaya juga melunaskan kesemua impian dan targetnya pada tahun ini. Setelah menyertai ketiga-tiga siri University Duathlon, dia mencuba nasib pula di arena paling besar Powerman MALAKOFF yang berlangsung di Manjung, Lumut.
Dengan kewangan yang terhad, kami terpaksa memikirkan cara yang paling jimat untuk ke sana dari Seremban. Setelah cuba meminjam kereta dari rakan-rakan terdekat, kami akhirnya memilih untuk menaiki pengangkutan awam sahaja.
Setelah membuat keputusan, Mc selaku peserta, aku (pengurus peribadi), Hadi (fisioterapi) dan Amirul (equipment) berangkat ke Manjung dari Seremban menaiki bas. Perjalanan tidaklah seindah yang dibayang. Bukan apa, perjalanan agak lewat membuatkan bontot kami sakit-sakit. Bayangkanlah perjalanan ke Kuala Lumpur sahaja memakan masa selama 2 jam. Adoiii... Sabar sajalah. Tengahari itu terpaksalah kami menjamu selera di dalam bas. Lapar katakan...


Sampai di Manjung lebih kurang pukul 5 petang. Sampai saja kami terus menuju ke pusat pandaftaran di Kompleks Sukan Manjung sebab Mc perlu mengambil barang-barang. Sepanjang berada di sana, ada juga suara sinis yang berbunyi selepas melihat Hadi mengangkat basikal CIOCC kesayangan Mc yang dibungkus elok dengak kotak.

"Basikal baru ke?" Kami hanya senyum, malas nak cakap banyak.

Setelah selesai semua urusan pendaftaran, kami berdepan masalah lain. Tak pasti lagi di mana hendak menginap. Puas berfikir, akhirnya di rumah ALLAH juga menjadi pilihan. Kami berjalan ke Masjid Nur Hidayah yang tidak jauh dari kompleks sukan. Malangnya, pagar berkunci. Tengah kami duduk berbincang, tiba-tiba datang seorang pak cik menanyakan masalah kami. Dia tersenyum. Katanya masjid sekarang sedang direnovate. Belum boleh digunakan lagi. Menurut beliau, sebuah dewan besar di kompleks sukan dijadikan masjid sementara. Katanya lagi, kalau hendak solat, bolehlah di sana.

Rasanya kami bernasib baik sepanjang berada di sini. Bagi aku sendiri, orang di sini tidak sombong dan baik-baik belaka. Ketika kami sedang berehat-rehat di depan pintu dewan, dua orang pak cik datang dan bersembang dengan kami. Mereka juga menawarkan sebuah bilik kosong di situ untuk dijadikan tempat beradu kami. Alangkah senangnya dalam hati kami. Ibarat mengantuk disorongkan bantal pula.
Malam itu kami mencari Tok Siak masjid untuk mengambil kunci bilik. Rupa-rupanya, pak cik yang kami jumpa petang tadi adalah Tok Siak yang di cari. Kami cukup berterima kasih padanya atas banyak sebab termasuklah menraktir makan malam kami.
Malam itu kami tidur dengan aman di situ menanti hari yang paling dinanti-nanti oleh Mc...
Awal-awal lagi kami dah bangun. Sebab tidur di masjid kan. Tak eloklah pula bangun lewat-lewat, apa kata orang nanti.

So, lepas solat subuh kami bersiap-siap ke venue acara. Perghh... Memang dahsyat-dahsyat peserta kali ini. Basikal-basikal yang digunakan pun bukan calang-calang. Benda ni ni semualah yang membuatkan aku dan Hadi tak sabar untuk memiliki sebuah racing bike satu hari nanti.
Kami sempat berbual dengan beberapa orang peserta. Ada seorang pelumba dari Kuala Lumpur menyatakan bahawa dia telah menghabiskan hampir RM10,000 semata-mata untuk basikalnya. Wah, terbeliak mata kami. Tapi katanya, yang penting bukan enjin. Yang penting orang yang mengayuh tu. Betul juga kan....
Apa yang paling menarik perhatian aku, dalam pertandingan ini aku nampak peserta-pesertanya seperti sekadar mahu menyertai sahaja, bukan untuk menang. Memang aku tabik pada pak cik, mak cik yang masih boleh berkayuh dan berlari lagi tu. Aku pun belum tentu boleh buat. Apa yang melucukan, ada pak cik tu boleh berbual dan bergurau lagi dengan seorang petugas di water station. Kata Mc, semasa dia berkayuh, dia sempat melihat beberapa orang peserta sedang berehat di kedai kopi lagi. Haha... Langsung tak pressure mereka ni.

Dalam pertandingan kali ini, Mc perlu berlari sejauh 11 kilometer, disambung dengan berbasikal sejauh 64 kilometer dan diakhiri dengan berlari sekali lagi sejauh 10 kilometer. Dia berjaya mencapai targetnya iaitu menghabiskan acara tersebut di bawah masa 5 jam. Untuk maklumat lanjut, boleh baca di laman blognya sendiri...

Terima kasih kepada jawatankuasa Masjid Nur Hidayah dan seluruh penduduk Manjung yang baik hati dan banyak membantu. Andalah 'Manusia Berkuasa Tinggi' yang sebenarnya!

Cerita 'Simple' Dari Afdlin

Filem : Papadom
Pengarah : Afdlin Shauki
Terbitan : Tayangan Unggul

Afdlin kembali lagi dengan buah tangan terbaru yang mana aku dapat simpulkan bahawa filem ini lebih mudah, simple tapi berkesan berbanding filem-filem beliau yang lain. Mungkin tak keterlaluan jika aku katakan filem ini ialah filem terbaik dari sutradara prolifik ini. Maklum sajalah, belum ditayangkan lagi, filem ini sudah memenangi banyak anugerah di Festival Filem Malaysia termasuklah bagi katagori Filem Terbaik.

Papadom bukanlah sebuah kisah makanan kegemaran ramai semata-mata tetapi Adflin berjaya menggarap kisah ini menjadi lebih menarik hanya berpandukan subjek papadom. Jarang pembikin filem negara menggunakan idea seperti ini dalam karya mereka. Mungkin betul juga kata CEO Media Prima, Datuk Farid Ridzuan; di Malaysia hanya Afdlin yang berani buat cerita ikut acuan Hollywood.
Menampilkan pelakon-pelakon berbakat, plot Papadom bergerak dengan cukup cantik dan kemas. Ia tidaklah mengelirukan penonton. Siapa yang menonton pasti akan faham. Afdlin kali ini juga tidak menggunakan skrip atau dialog yang panjang tetapi banyak bermain dengan ekspresi wajah, tidak seperti karya beliau sebelum ini, Sumo-lah. Keadaan ini yang membuatkan penonton tidak bosan. Bayangkanlah, untuk babak sedih pun kita tetap boleh tersenyum. Bukan kerana babak sedihnya tak jadi tapi wujudnya elemen gembira yang mengharukan. Bijak betul Afdlin ini... Tidak hairanlah aku boleh layan cerita ini dua kali.
Lakonan Afdlin dan Liyana Jasmay tidak perlu dipersoal lagi. Begitu juga dengan Norkhiriah yang hadir dengan sejuta kelucuan. Farid Kamil dan Que Haidar pula berjaya membuktikan merekalah bakal pelapis hero Melayu satu hari nanti. Scha? Ooo... My sweet girl! Hot pula berlakon jadi si gedik yang malang. Hehe...

Kata Afdlin dalam blognya, beliau menghasilkan Papadom selepas dia terfikir akan kesibukkannya hingga hampir mengabaikan keluarganya. Sebab itulah, beliau menyarankan agar pada sesiapa yang menonton filem ini, hubungilah sesiapa saja yang disayangi dan nyatakan rasa sayang itu.

Brader yang pernah kata, "Sori, brader tak layan cerita Melayu," pun dah tengok cerita ni. Hehe...
Tabik spring pada Harun Salim Bachik, memang besh lakonannya.

Suka lagu Mia Zara!

Saturday, November 7, 2009

Laughter... Ubat Yang Terbaik Untuk Orang Malaysia Yang Berwajah Masam!

Sebab dah bosan sangat, tak tahu nak buat apa, aku cuba mencari sesuatu untuk dibaca. Membaca bagi aku bukanlah kerja yang paling aku minat. Maksud aku, nak membaca dengan tenang supaya apa yang dibaca aku boleh faham dan rasai bukanlah satu kerja yang mudah. Setakat nak membaca saja tu boleh, tapi bagi aku kalau nak membaca biar sampai faham!
Sedang mencari buku-buku menarik untuk dibaca, Anep 'The Sleeping Prince' menyuakan satu buku padaku. Katanya menarik... Aku membaca tajuknya, 'Laughter....'
What the hell! English!

Adoyai, nak baca buku melayu pun aku tak larat, ni pula nak baca buku ENGLISH! Aku ni memanglah ambil minor BI, tapi bukanlah dengan rela hati... (Faham-faham sajalah).

"Baca dulu..." The Sleeping Prince cuba memujuk aku.

Dengan rasa berat hati, malam itu aku cubalah membaca dan memahamkan apa yang perlu difahamkan dalam buku ini.
First time baca, aku prediction aku yang awal-awal tu aku rasa dah tersilap. Bahasa Inggeris yang digunakan bukanlah payah sangat. Rasanya sesuailah dengan tahap aku yang tak dapat A1 masa SPM dulu ni.
Buku ni adalah kompilasi lawak-lawak biasa dan luar biasa yang disusun semula oleh David Tong, bekas guru.
Kadang-kadang baca buku ni membuatkan aku ketawa seorang diri sebab faham dan kadang-kadang membuatkan aku terdiam sebab aku tak faham. Walaubagaimanapun, pada aku buku ni bagus jugalah. Kalau nak tahu ni lah buku English pertama yang aku baca sampai habis. Masa sekolah dulu pun aku tak pernah baca buku teks BI sampai habis. Haha...

Money Isn't Everything
It can buy a bed but not sleep.

It can buy a clock but not time.

It can buy a book but not knowledge.

It can buy a position but not espect.

It can buy medicine but not health.
It can buy blood but not life.

It can buy sex but not love.

So send me all your money because money isn't everything!

- 'Laughter, The Best Malaysian' by David Tong -

Ok, pandang sini... Sedia, 1... 2... Ketawa!!! Haha...
Ketawa ubat yang terbaik!

Cerita Rugbi dan Gerai Bawah Pokok

Semalam aku lepak-lepak dengan Encik Mat Dee a.k.a Rush dalam bilik. Tak banyak yang kami sembangkan, tapi ada satu cerita yang keluar dari mulutnya yang membuatkan aku terfikir panjang.
Dia menceritakan pada aku betapa dia bangga dan lega kerana berjaya juga dia merealisasikan impian untuk menganjurkan kejohanan rugbi di arena sendiri. Malah, yang lebih membanggakan dalam tempoh masa tersebut, dua pasukan terus dicipta, The King dan The Prince.
Kejohanan Rugbi 10's Raja Melewar diberi nama melambangkan satu usaha yang jitu setiap orang di belakang tabirnya. Aku pun tak sangka kejohanan ini akan menjadi sehebat begitu. Namun, walau aku belum bersedia untuk memulakan langkah menceburkan diri dalam bidang ragbi ni, tapi aku tetap bersedia nak menolong apa yang patut.
Aku masih ingat 4 tahun dulu, Rush mengusung bola ragbi seorang diri ke padang sedangkan ramai yang sudah bermain bola sepak. Mungkin sebab itulah, dia sudah boleh berbangga dengan apa yang sudah diusahakannya ini walaupun dengan masalah birokrasi yang tak sudah dari pihak atasan yang 'jahil' lagi 'bodoh' untuk mengembangkan lagi minda menjadi individu yang waras!
Dan aku masih ingat lebih kurang 2 hari sebelum kejohanan berlangsung, rambut yang dulu kemas sudah tidak lagi tersisir rapi. Habis serabut aku tengok mamat ni. Kini, setiap kali orang sebut saja tentang The King atau The Prince atau Raja Melewar 10's, habis senyum sampai ke telinga. Haha....
Aku? Apa yang aku boleh buat? Hanya mampu 'memisterikan' gerai di bawah pokok sepanjang kejohanan tersebut. Dengan bantuan Acai 'The Master of Puppet', Anep 'The Sleeping Prince' dan Syafiq 'The Young Brother', kami sehabis baik cuba untuk membantu memeriahkan kejohanan.

...jangan fikir tentang apa yang kamu sumbangkan, tapi fikir apa yang telah kamu usahakan!
Selamat untuk Raja Melewar 10's tahun depan!