Tuesday, April 6, 2010

Belasungkawa Encik Azlan... Ibarat Muzika yang sentiasa Tersenyum

Emm... Sekali lagi kehilangan. Hari Ahad lepas aku mendapat berita pemergian beliau seawal pagi. Cepat-cepat aku mandi. Orang baik-baik pergi, tak sanggup untuk tidak memberi penghormatan terakhir.
Allahyarham merupakan pensyarah muzik di Institut Pendidikan Guru Malaysia - Kampus Raja Melewar. Seingat aku, selama 5 tahun aku di sini arwah tidak pernah mengajar aku. Malah, aku sendiri yakin beliau pasti tidak mengenali aku. Tetapi apa istimewanya beliau, hinggakan aku terlalu menyanjungnya?
Pertama kerana ilmunya. Arwah tidak pernah lokek. Apa yang aku boleh kata, beliau merupakan antara hustler atau otai dalam bidangnya, muzik. Aku pernah melihat beliau bermain muzik untuk satu kenduri kahwin, berkolaborasi dengan sahabatnya, Encik Samsuddin. Memang tak boleh pertikaikan kelebihan beliau.

Kedua, kerana senyumannya. Susah nak nampak orang yang kita tak kenal akan senyum pada kita. Sebaliknya arwah memang tak lekang senyum di bibir. Bukan pelajar yang senyum dulu, malah beliau yang lebih awal. Begitulah mulianya insan ini.
Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat-Nya. InsyaALLAH...

No comments: