
Dengan kewangan yang terhad, kami terpaksa memikirkan cara yang paling jimat untuk ke sana dari Seremban. Setelah cuba meminjam kereta dari rakan-rakan terdekat, kami akhirnya memilih untuk menaiki pengangkutan awam sahaja.
Setelah membuat keputusan, Mc selaku peserta, aku (pengurus peribadi), Hadi (fisioterapi) dan Amirul (equipment) berangkat ke Manjung dari Seremban menaiki bas. Perjalanan tidaklah seindah yang dibayang. Bukan apa, perjalanan agak lewat membuatkan bontot kami sakit-sakit. Bayangkanlah perjalanan ke Kuala Lumpur sahaja memakan masa selama 2 jam. Adoiii... Sabar sajalah. Tengahari itu terpaksalah kami menjamu selera di dalam bas. Lapar katakan...


Sampai di Manjung lebih kurang pukul 5 petang. Sampai saja kami terus menuju ke pusat pandaftaran di Kompleks Sukan Manjung sebab Mc perlu mengambil barang-barang. Sepanjang berada di sana, ada juga suara sinis yang berbunyi selepas melihat Hadi mengangkat basikal CIOCC kesayangan Mc yang dibungkus elok dengak kotak.
"Basikal baru ke?" Kami hanya senyum, malas nak cakap banyak.Setelah selesai semua urusan pendaftaran, kami berdepan masalah lain. Tak pasti lagi di mana hendak menginap. Puas berfikir, akhirnya di rumah ALLAH juga menjadi pilihan. Kami berjalan ke Masjid Nur Hidayah yang tidak jauh dari kompleks sukan. Malangnya, pagar berkunci. Tengah kami duduk berbincang, tiba-tiba datang seorang pak cik menanyakan masalah kami. Dia tersenyum. Katanya masjid sekarang sedang direnovate. Belum boleh digunakan lagi. Menurut beliau, sebuah dewan besar di kompleks sukan dijadikan masjid sementara. Katanya lagi, kalau hendak solat, bolehlah di sana.

Malam itu kami mencari Tok Siak masjid untuk mengambil kunci bilik. Rupa-rupanya, pak cik yang kami jumpa petang tadi adalah Tok Siak yang di cari. Kami cukup berterima kasih padanya atas banyak sebab termasuklah menraktir makan malam kami.
Malam itu kami tidur dengan aman di situ menanti hari yang paling dinanti-nanti oleh Mc...
Awal-awal lagi kami dah bangun. Sebab tidur di masjid kan. Tak eloklah pula bangun lewat-lewat, apa kata orang nanti.

Kami sempat berbual dengan beberapa orang peserta. Ada seorang pelumba dari Kuala Lumpur menyatakan bahawa dia telah menghabiskan hampir RM10,000 semata-mata untuk basikalnya. Wah, terbeliak mata kami. Tapi katanya, yang penting bukan enjin. Yang penting orang yang mengayuh tu. Betul juga kan....
Apa yang paling menarik perhatian aku, dalam pertandingan ini aku nampak peserta-pesertanya seperti sekadar mahu menyertai sahaja, bukan untuk menang. Memang aku tabik pada pak cik, mak cik yang masih boleh berkayuh dan berlari lagi tu. Aku pun belum tentu boleh buat. Apa yang melucukan, ada pak cik tu boleh berbual dan bergurau lagi dengan seorang petugas di water station. Kata Mc, semasa dia berkayuh, dia sempat melihat beberapa orang peserta sedang berehat di kedai kopi lagi. Haha... Langsung tak pressure mereka ni.

Terima kasih kepada jawatankuasa Masjid Nur Hidayah dan seluruh penduduk Manjung yang baik hati dan banyak membantu. Andalah 'Manusia Berkuasa Tinggi' yang sebenarnya!
2 comments:
Tekateki ape da yg ko masukkn,
smpi nk tgk n baca pn x dpt
betul22 memeningkan...,
selamat datang ke blog terbaru aku
anb57.blogspot.com
blog ttg bola n aku...,
haha.. best x teka teki aku. haha...msti ko xdpt jawab kan mula2. haha...
Post a Comment