Friday, May 15, 2009

Misi 3 Piala

Golllll!!! Jeritan sorak gembira mula kedengaran memecah hening malam. Aku dan Hadi berpelukan meniru gaya Iniesta yang dihurung rakan-rakan Barcalian. Melihat waktu sudah tepat 93 minit. Tiada harapan lagi buat si biru yang cepat-cepat memunggah bola ke tengah padang.

Jaringan tunggal minit-minit akhir hasil gerakan pemain kebanggaanku, Lionel Messi dan disudahkan dengan cukup cantik oleh Andrei Iniesta memadamkan impian si biru membalas dendam tahun sudah kepada mu.
Perlawanan yang cukup getir ini cukup membuatkan aku tidak duduk senang, apatah lagi barisan pertahanan dihukum awal permainan dengan jaringan Essien. Aku sudah terdiam melihat gabungan baru Yaya Toure dan Piquet di bahagian tengah pertahanan. Cukup goyah! Ketiadaan Abang Puyol yang tidak cergas dan Marquez yang cedera ligamennya membuatkan Pep Guardiola terpaksa memadankan pasangan baru itu walhal Yaya Toure tidak pernah beraksi di posisi tersebut.
Masuk permainan ke separuh masa kedua, Barcalian memulakan rentak menyerang bertali arus. Messi dan Eto'o langsung tidak kelihatan kerana dikawal ketat pertahanan biru. Keadaan semakin menjadi-jadi apabila Eric Abidal dibuang padang kerana dituduh menjatuhkan rakan senegara, Anelka. Dari saat inilah, biru mula mengatur serangan untuk menambah azabku.
Mujur sahaja jaringan minit akhir yang diharapkan muncul lantas membantutkan perjalanan Anep untuk turun ke bilik TV bagi menyebarkan provokasi.

Akhirnya, Barca berjaya membuatkan penyokong-penyokongnya menangis gembira sambil penyokong biru menangisi seribu penyesalan.
Selepas ini, azab yang lebih besar menanti Barca. Tanggal 27 Mei bakal menyaksikan pertarungan klasik Barcelona menentang mu di Rome. Ketiadaan pemain-pemain utama seperti Dani Alves yang menerima kad kuning ketiga dalam perlawanan berturut-turut, Abidal yang digantung perlawanan, Marquez mengalami kerosakan ligamen dan Henry yang cedera sewaktu membantu Barca menang 6-2 kepada Real Madrid membuatkan aku agak sukar untuk membuat jangkaan awal. Kita tunggu dan lihat saja nanti...

Mahu Messi menang Ballon d'Or tahun ini...
Henry menyambut Piala CL pertama dalam kariernya...

No comments: