

Bukankah sepatutnya stor penyimpanan barang semasa cuti tidak seharusnya di buka kerana sudah tentu pelajar-pelajar ada meletakkan barang yang penting di dalamnya. Alasan untuk membuat kerja pengubahsuaian bukanlah alasan yang bernas dari pihak yang sepatutnya boleh berfikir 10 tahun ke depan seperti mereka. Stor itu diibaratkan seperti tempat yang selamat, tapi sekarang aku sendiri sudah hilang kepercayaan terhadapnya. Pintu sudah dibuka, kalau aku jadi pencurinya pun takkan melepaskan peluang. Kejadian ini merupakan tindakan paling 'bangang' dilakukan oleh pihak berkenaan. Bukan semualah, segelintir sahaja... Sekarang siapa hendak bertanggungjawab? Aku bukan berkira dengan harga 'sayangku' itu semua tapi nilai sentimentalnya. Manakan sama dengan gantinya...
Hendak diadukan pun tidak tahu di mana. Silap hari bulan kita pula yang dimarahinya. Kalau ikutkan hati hendak sahaja aku uar-uarkan pada semua, "Tak payahlah masuk maktab kalau anda semua tak sanggup berurusan dengan pihak yang sentiasa mahu menang. Mereka bekerja bukan kerana tanggungjawab tapi disebabkan ganjaran yang diberikan."
Betullah kata orang,"tempat yang paling selamat bukanlah tempat yang selamat."
Ditambah bila berurusan dengan ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan ke depan...
Hari yang hilang serinya...
No comments:
Post a Comment