Sunday, November 9, 2008

Aku, Larian dan Si 'Baju Ketat'...

Lama sudah tidak berlari. Tapi hari ini aku berjaya melengkapkan satu setengah pusingan Taman Tasik Seremban dalam masa 14 minit 51 saat. Bukanlah pencapaian yang baik. Aku tahu aku boleh buat yang lebih baik. Sekurang-kurangnya aku boleh kembalikan fitnes ku kembali kepada asal sebagai persiapan menakluk puncak Gunung Telapak Burok di Jelebu.

Mungkin terdapat beberapa gangguan tadi. Membawa handphone, tidak cukup tidur, berasap dan kurang minum air bukanlah sesuatu yang digalakkan untuk aktiviti berlari jarak jauh. Faktor-faktor ini memang cukup membuatkan pergerakkanku terbatas.

Tapi itu semua aku elakkan untuk larianku esok pagi. Cuma satu yang merisaukanku. Gangguan dari anasir-anasir luar, si 'baju ketat' terutamanya. Aduhai... Kacau bilau fikiran dan bergelodak perasaanku. Fokusku pada larian, kelajuan dan catatan masa hilang begitu sahaja.

Bila aku ceritakan pada rakan-rakanku tentang masalahku ini, ramai pula yang teruja mahu mengikutiku berlari di tasik esok. Masing-masing tidak sabar diganggu si 'baju ketat'!

No comments: