Saturday, October 18, 2008

pre-ROAD RELAY....

Sekarang, tepat jam 1.44 pagi.

Pagi nanti Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM), Seremban, buat julung-julung kalinya akan mengadakan kejohanan ROAD RELAY... Aku masih tak tidur lagi kerana aku tidak menyertai kejohanan tersebut. Tapi, sebagai salah seorang jawatankuasa yang bertugas, aku kena bangun seperti biasa.

Aku minta maaf banyak-banyak kepada Mc sebab tidak dapat menerima ajakannya untuk menyertai kejohanan tersebut. Tapi aku yakin dengan kuartet yang pasukan kami sediakan mampu memberikan impak besar lantas mencantas peluang pasukan Uncle Maswafi untuk mencatat masa lebih baik.

Hanya tiga sebab yang mampu aku berikan kepada Mc :
- Aku masih dibelenggu kecederaan (Tissue Injury)
-
Sebab kejohanan ini secara berkumpulan dan aku tidak mampu menggalas harapan pasukan
untuk menang
- Sebab ketiga aku terpaksa rahsiakan

Road Relay peringkat IPRM akan diadakan pada 18 Oktober 2008, jam 0730. Aku harap kejohanan ini nanti akan berjalan seperti yang dirancang tanpa ada halangan.

InsyaALLAH


2 comments:

cryclown said...

aku tahu apa yang aku tahu.
dan engkau tahu apa yang engkau tahu.

Maswafi Abd Samat said...

Sejak bila pula u berahsia dengan i??? masih ternanti-nanti sebab ketiga!