Friday, October 17, 2008

Hari-hari yang indah...

Di mana ada cinta, di situ ada kehidupan. - Mahatma Ghandi

Selamat datang... Dan akhirnya aku berjaya mempunyai laman sendiri untuk berkongsi kisah, maklumat, masalah, info, kejayaan dan lain-lain lagi dengan orang ramai.

Thanks to Mc
(http://mcana71.blogspot.com/), my best friend, sebab tolong aku buat blog ini sekali gus membantu aku untuk menyertai saingan antara dia dan Uncle Maswafi (http://maswafi.blogspot.com/) dalam menghasilkan blog yang terbaik. Terima kasih sekali lagi kepada Mc dan kepada Wafi pula, adakah anda sudah rasa tergugat dengan kehadiranku? Hahaha... Tak mengapa. Kita bersaing secara sihat. Itulah yang dikatakan hukum kehidupan - bersaing untuk terus hidup. Tapi, sepertimana yang aku ukirkan di awal bicara tadi - di mana ada cinta, di situ ada kehidupan. Jadi, Wafi jangan risau. Aku buat semua ini atas dasar cinta aku kepada kau... Chewahhhh... Geli siyot...!

Tujuan utama aku menghasilkan blog ini adalah untuk berkongsi apa sahaja dengan pengunjung terutama sekali melibatkan perkara-perkara yang aku minat macam sukan, seni grafik dan yang penting sekali seni perfileman. Jadi, barang siapa yang mempunyai kisah yang menarik, bolehlah sama-sama kita kongsi. Aku akan beritahu apa yang aku tahu yang korang nak tahu, korang beritahu apa yang korang tahu tentang apa yang aku tak tahu dan kita sama-sama cari tentang apa yang kita tak tahu.

Setiap hari anda, adalah hari yang indah...

Enjoy that momment!


No comments: