Wednesday, February 2, 2011

Pilihlah Pilihan Hati

Pilihan...


Semua orang berhak membuat pilihan. Pilihan aku tak semestinya sama dengan pilihan anda, anda dan anda, tak semestinya sama dengan pilihan semua orang. Kadang-kadang aku pilih ini, tak semestinya sama dengan pilihan orang lain yang kadang-kadang memilih itu. Tapi kenapa nak pertikai, kerana itu pilihan. Aku pun belum pernah mempertikai pilihan orang lain. Itulah maksud kebebasan.

Ada orang tanya kenapa aku pilih Sepet, kenapa tak pilih Adnan Sempit? Kan Adnan Sempit lagi meletup. Jawapan aku senang jek, kerana Sepet itu milik Allahyarham Yasmin Ahmad. Dia pilihan aku. Aku takkan paksa orang lain untuk menonton Sepet semata-mata mahu menaikkan kutipan filem itu namun aku juga takkan menyangkal pilihan orang lain yang lebih memilih Adnan Sempit.

Sepet

Adnan Sempit

"Kenapa kau minat Arsenal?"

Aku gelak jek. Ini soal pilihan. Memang jawapannya kerana ia ada sebuah pilihan tapi aku perlu positif. Semua yang kita buat atas muka bumi ni mesti ada rasional. Kalau sebabnya Fabregas itu lebih handsome dari Giggs untuk aku memilih Arsenal, itu juga satu rasional. Jadi, tak kira apa yang kita buat perlulah difikirkan sebab dan musababnya, bukan hentam keromo, nanti  jadi goblok! Dan atas beberapa sebab yang logik itu aku rasa tak salah untuk aku memilih Arsenal dari setan merah.

Gunners El Capitan

Red Devil!

Jangan mempersoalkan kenapa aku lebih dari tahu tentang 'enjin' Merida berbanding enjin Yamaha LC! Pilihan itu kadang-kadang dipengaruhi oleh bidang, dan aku hanya mampu menelaah soal basikal berbanding motosikal. Jangan cerita tentang cam, gearbox, engine block dan carburetor dengan aku kerana aku akan menjadi pasif atau mungkin terlalu pasif, aku masih jahil soal itu! Tapi... Kalau mahu bercerita tentang kekasih idaman seperti Siti Nur Merida, aku adalah seorang pendengar yang baik. Hahaha...

Siti Nur Merida

Laju & Cepat (LC)

Kesimpulannya, pilihan dan keputusan itu di tangan kita. Jangan nak ikut-ikut orang lain. Kadang-kadang kita sukar nak buat keputusan, tapi kita kan dah di ajar untuk mencari magis si DIA yang boleh membantu kita untuk membuat keputusan. Ia mudah, jangan mengada-ngada nak menyusahkan! Pilihlah sendiri... Nak senang ke nak susah.


-
-
-
-
-
-
-
-
-



Pilih! Pilih! Dan pastikan kita takkan menyesal dengan apa yang kita pilih!
Aku memilih gambar di muka surat Google, kerana itu pilihan aku.

8 comments:

mira said...

saye pileh ipen sbb die salu teman sy main guli mase abg rambut pacak tanak men guli dgn saye.

sekian.

Kepala Manchiss said...

lu dah daftar pengundi?

ah cai said...

kadang-kadang aku tak ada sebab yang rasional pun utk sesuatu yg aku pilih...cuma harap pilihan aku x menyusahkan org lain...(walaupun kadang-kadang menyusahkan jugak..) ngeh ngeh ngeh

Hush said...

mengajar di sekolah mana sekarang?

nyOng.is.me said...

mira : jgn percaya ipen sgt... baik dia ada mkna...

nyOng.is.me said...

palaman : aku dftr sebagai spr...

nyOng.is.me said...

acai : yg pnting sumer org ada pilihan...

nyOng.is.me said...

hush : tggu update sterusnya,,, hehe