Thursday, July 15, 2010

"Kenapa Awak Suka Lari?"


Bib No : G 713
Rank : 41
Category : 10 KM (Senior)
Time : 00:51:78

Tak ada apa yang aku sasarkan dalam Seremban Half Marathon ni, selepas merekod kepuasan dalam KL Marathon, 2 minggu lepas. Dengan bayaran RM12 aku rasa dah cukup puas dengan kit yang diberikan; krim mandian Shokubutsu, pencuci muka, deep heating rub, cecair pencuci TOP dan sehelai baju tertulis SEREMBAN HALF MARATHON 2010.
Letih larian dua minggu lepas rasanya masih bernafas dalam badan. Jadi, untuk kali ini aku hanya mampu berkata dalam hati, "Kau lari sajalah..." 

Mungkin sudah ditakdirkan aku ternyata lebih selesa menghirup udara Seremban dari udara kota Kuala Lumpur, dan aku berjaya menangani jarak 10 km di bawah masa 1 jam! Satu perkara yang cukup mengejutkan aku. Untuk ranking, aku tidak tertarik sangat, mungkin aku tempat 41 atau 42. Entahlah, apa yang penting aku sudah berjaya menambah koleksi pingat. Apa lagi yang lebih memuaskan selain menggenggam pingat buatan Royal Selangor.
Tahniah juga kepada Zahir (51 minit), Mat (58 minit), Hanif (1 jam 3 minit), Ataeya (1 jam 5 minit) dan Bos (1 jam 6 minit). Semuanya melepasi had masa yang ditetapkan. Alhamdulillah...
Mc pula seperti tahun sudah, mencuba sekali lagi dalam acara 21 km (klik sini untuk baca kisahnya).

Seremban Half Marathon tahun ini sudah genap 23 tahun, seusia denganku. Cuma apa yang aku rasa kurang berpuas hati pada peraturannya. Aku rasa penganjur perlu memilih salah satu sama ada mahu memberi pingat kepada 100 orang finisher ataupun memberi kepada sesiapa saja yang mampu menghabiskan larian dalam satu jangka masa. Rasa tak adil pula kalau penganjur menetapkan pingat hanya akan diberikan kepada 100 orang terawal dan berjaya melakukannya di bawah had masa yang ditetapkan. Tak ada guna kalau anda berjaya berlari di bawah masa tetapi anda adalah pelari yang ke 101.
Walaubagaimanapun, aku tetap berpuas hati. Mungkin ini adalah marathon pertama dan terakhir aku di Seremban. Terima kasih banyak-banyak pada Zahir yang aku rasa kami ada 'kimia' untuk lari secara sparring.

Orang tanya kenapa suka sangat berlari? Awak lari untuk terus hidup atau hidup memang untuk berlari?
Jawapnya senang saja, kamu makan untuk hidup atau hidup untuk makan...?

No comments: