Friday, June 4, 2010

Pulang ke Kampung untuk Bonda, Ayahanda dan DOUBLE TROUBLE 2

Hari ini aku akan pulang ke Kota Tinggi, Johor; kampungku yang tercinta. Hehe... Lama dah tak pulang menjenguk semua di sana. Cuti panjang macam ni sajalah peluang untuk pulang, cuti pendek jangan harap. 

Semestinya aku akan pulang kali ini dengan perasaan bercamur-baur. Serba salah rasanya kerana terpaksa mematahkan janjiku pada Luqee untuk ke Melaka atas urusan perniagaan. Mmm... Dah lama janji dengannya. Tetiba pula aku mendapat rezeki lain. Adakah peminat setia rock kapak seperti aku perlu menolak rezeki menonton Search dan Wings secara langsung di depan mata kepala aku sendiri? Ada jawapan untuk aku? Arghh... Aku memang benci perasaan serba salah. Kalau ikut kepala aku yang gila ni, memang aku boleh saja pergi kedua-duanya tapi disebabkan beberapa kekangan aku terpaksa memilih satu antara dua.


"Ok lah tu, Nyong." Sayu saja aku dengar suara Luqee. "Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Tiket free tu."

Apa lagi yang aku boleh katakan lagi. Luqee memang seorang yang amat memahami. Nuffnang sekali lagi memberi peluang keemasan pada aku. Tiket percuma untuk dua orang ke konsert Double Trouble 2 di Larkin. Search balik kampung tu! Kalau aku tak pergi, bila lagi aku boleh dapat peluang ni? Ada jawapan untuk aku? Hari tu konsert di KL aku terlepas kerana harga tiket yang tak termampu untuk aku gapai. Inikan pula bila dapat tiket percuma.
Dan semalam buat pertama kalinya aku ke pejabat Nuffnang untuk menuntut tiket itu. Nak cari tak senang, tak susah. Alhamdulillah aku jumpa.

Walauapapun, keputusan sudah dibuat. Terima kasih pada bonda, ayahanda, Luqee dan semua kawan yang banyak memberi cadangan kepada aku. Aku harap Luqee tak serik untuk bekerjasama dengan aku lagi. 
Akhir kata, pada semua peminat Search dan Wings, terutama yang berada di Johor; jom kita pergi konsert DOUBLE TROUBLE 2! Kasi gegar punya!

5 comments:

LyNn HaMzAh said...

lynn pun x sabar nak pergi konsert double trouble esok...yang berbezanya lynn beli tiket tu tapi u dapat percuma...huwarrrghhh...jealousnyer...

.::WaNiE::. said...

enjoy !! konsert ni mmg best

nyOng.is.me said...

hehe...tu rezeki namanya... alhamdulillah. xpe,,,hari ini hari saya, sok hari awak lak.
k,slamat menggegarkan larkin mlm sok n enjoy da music! jmpa dsana klu ada rezeki...

nyOng.is.me said...

hehe.. tu lah kak wanie. fkr2 blk rugi lak x g. klu x g knsert ni mgkn 20 thun akan dtg bila saya jdi mcm encik labu saya akan terfikir blk,'pehal la aku x g knsert ni dlu!' hehe...=)

cryclown said...

enjoy nyong..sempat kita g nuang lak..huhuhuh...