Thursday, October 30, 2008

Kesakitan satu keindahan?

Arghhhh.....
Terasa bagai ditusuk-tusuk buku lali aku ini tatkala tersalah langkah. Kesakitan dari dulu masih lagi terasa. Bila agaknya hendak pulih sepenuhnya. Makin koyakkah tisu di situ? Entahlah...
Aku tak tahu apa lagi yang hendak buat. Kecederaan yang sama asyik berlaku pada tempat yang sama, pada kaki dominan aku, kaki kanan. Nak bermain bola sepak pun tak sedap.
Rugbi? Mungkin aku boleh lupakan dulu. Aku takut makin melarat, takut-takut patah pula.
Retak kot? Mungkin juga...
Apa yang aku tahu retak ini :
- Tidak seteruk patah tetapi boleh menimbulkan kesakitan pada tulang
- Terjadi apabila terkena pukulan yang tidak tepat atau tidak terus

- Cth : retak bahagian tulang pergelangan tangan sewaktu menahan berat badan kerana tergelincir atau terjatuh

Entahlah...
Biar masa yang tentukan...

Moga ALLAH ampunkan dosaku...


No comments: