Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Kesilapan Menonton Filem (Ini Review Tentang Filem)

Expectation itu jangkaan.


Mudah.


Aku malas nak terangkan dalam-dalam. Anda tahu.


(Rujuk sini kalau masih tak berapa nak faham, tak berapa nak tahu.)


Fenomena biasa sebelum aku (actually 'kita') menonton filem, adalah dengan menonton treler. Betul ngak? Dan disebabkan fenomena ini, aku (actually 'kita') akan terkinja-kinja mahu menonton filem tersebut, itupun kalau treler dia gempak nak mampus. Contoh, ini


Tapi... Itu dulu.


Sekarang, kita (actually 'aku') dah pandai sikit. 


Fenomena biasa sebelum kita (actually 'aku') menonton filem, adalah dengan membaca review. Betul ngak? ("Betul,"jawab aku.) Dan disebabkan fenomena ini, kita (actually 'aku') akan terkinja-kinja mahu menonton filem tersebut, itupun kalau review dia taklah teruk nak mampus. Contoh, ini.


Jelas dengan penerangan ini?


Itu yang aku maksudkan tentang expectation. Jangan nak tipu kalau anda tak pernah berexpectation sebelum dan semasa menonton filem. Ini semua lumrah permainan akal sepanjang menjamu filem. Kadang-kadang apa yang kita jangka (expect) tepat,  dan kadangkala tak tepat (unexpected).


Apa perasaan anda bila jangkaan anda tepat?
A   Melonjak Kegembiraan
B   Menangis Sayu
C   Gigit Jari
D   Semua Di Atas


Apa perasaan anda bila jangkaan anda tidak tepat?

A   Melonjak Kegembiraan
B   Menangis Sayu
C   Gigit Jari
D   Semua Di Atas


Ok... mari kita pergi dengan lebih serius.


Ini situasinya.


Pertama.


Anda menonton treler sebuah filem. Bagus, trelernya bisa menaikkan syahwat anda untuk ke menonton. Expectation anda untuk fenomena ini, filem ini bagus. Baik. Anda meneruskan dengan fenomena kedua, membaca review. Bagus. Ramai yang memuji. Jadi, expectation anda semakin kuat mengatakan filem ini bagus. Anda pun terus ke panggung wayang gambar - pawagam (al-Fatihah buat Allaryarham P. Ramlee). Semasa di pawagam, menonton filem, expectation anda betul-betul tepat. 100% anda akan berjumpa kawan anda di kedai mamak dan berkata, "ko kene tengok citer ni dowh!" atau, "hang pi tgk cita ni. gila best hang tau dak!" atau, " mu laye cito ni.  Meme syok!"


Kedua.


Anda menonton treler sebuah filem. Bagus, trelernya bisa menaikkan syahwat anda untuk ke menonton. Expectation anda untuk fenomena ini, filem ini bagus. Baik. Anda meneruskan dengan fenomena kedua, membaca review. Erm... Ada yang memuji, ada yang mengeji. Jadi, expectation anda akan berubah. Namun, anda tetap ke panggung wayang gambar - pawagam (al-Fatihah buat Allaryarham P. Ramlee). Semasa di pawagam, menonton filem, expectation anda mengatakan filem itu kurang sengat. 100% anda akan berjumpa kawan anda di kedai mamak dan berkata, "erm... citer ni.... ermmm..." atau, "erm... cita ni... ermmm..." atau, " erm... cito ni... ermmm..."


Ketiga.


Treler tak macam harem pulak, review pun penuh dengan kata-kata nista. Apa anda mau tengok jugak???


Baik, itu pendapat aku, sebagai penonton.


Tapi, aku tak mahu menonton. Aku mahu menilai. Sebab tu, filem yang treler macam harem, review penuh dengan kata nista pun aku layan. Tak habis tengok pun takpa, janji tengok.


Hahaha....


Sebagai kesimpulan, ini rumus aku.


Treler gempak + Review pujian = Ini
Treler gempak + Review kejian = Ini
Treler suam + Review pujian = Ini
Treler suam + Review kejian = Ini
Treler hancur + Review kejian = Ini


Ok, belum tamat lagi tulisan ni. Mari kita lihat contoh-contoh filem yang aku tengok.


Filem Nur Kasih the Movie.

Kalau nak tahu, lama aku berfikir sebelum nak 'mereview' filem ini. Cuba nak buang rasa sayang, cinta pada Tiz Zaqyah, malah pada Kabir juga. Aku tak mahu dibilang pengamal hipokrasi atau pilih kasih hanya kerana aku mempunyai hubungan dengan Zaqyah (tangan di dada, mata ke atas). 

Ok, seriously. Aku adalah Nurkasihian, seperti Joni sebagai Chelsean, Mat sebagai Selangorian, Cai sebagai Metalian dan Jamlus sebagai Edwardian. Tak salahkan aku mengaku. Tiap sirinya aku tonton di TV3.com.my tiap hari Sabtu, jam 3 pagi. Tak salah kan? 

Filem ini berbajet besar dan mungkin sebab itulah ramai yang bajet ia betul-betul filem yang bagus. Ya, ia masih dalam kelompok filem yang bagus, namun belum cukup-cukup bagus. Kenapa bukan filem yang betul-betul bagus? Itu persoalannya.

Penulis (Mira Mustafa), aku lihat cuba menghidupkan kesedihan dalam diri kita as a penonton (bercakap ala-ala Rosmah). Itu tidak apa kerana aspek kesedihan itu salah satu aspek penting dalam menjiwakan jalan cerita sesebuah filem. Namun, something is not right jika ia terlalu mahu dipadatkan sebuah filem 2 jam dengan 1001 kesedihan, mahupun pengajaran. Ya, aku tahu. Kemalangan, kematian, takdir, itu semua rahsia Tuhan. Siapa aku mahu menentang jika ia akan datang bertimpa-timpa. Tapi, dalam konteks filem yang bermain dengan durasi, alunan lagu dan bunyi, aku seperti terpaksa menangis semasa menonontonnya. Ya, terpaksa! Perlu diingat, kebosanan itu boleh membunuh. Dan aku jelas sekali terbunuh dalam kebosanan adegan kesedihannya. 

Walaubagaimanapun, filem ini masih bagus walaupun tak menjadi filem yang betul-betul bagus. Ini bukan dosa besar bagi aku dengan kesalahan yang Kabir buat dalam filem ini. Sebab apa? Kerana Kabir masih tidak mengecewakan dari segi sinemafotografinya (tahniah pada pengarahnya). Sebab itu aku tak jelak menonton buat kali kesepuluh filem Sepi.... kenapa? Ada masalah?


Cuma, babak kepala berapi tu tak payah tak apa kot..... Dan "...the Movie" tu, filem Malaysia tak payah pakailah. Cari perkataan lain. macam Nur Kasih : Kelahiran Semula. Apedehal!


Penilaian Expectation : Gagal


Filem Real Steel.

Tak nak cakap banyak. Lima benda jek...

Pertama, Hugh Jackman tak pernah mengecewakan aku.

Kedua, jalan cerita yang benar-benar awesome walaupun mudah dijangka.

Ketiga, muzik dan bunyi yang betul-betul membantu aku menjiwai plot.

Keempat, aku akui ada sesuatu yang hangat di balik mataku ketika menonton babak perlawanan Charlie Kenton (Atom) dengan Zeus. Air mata barangkali....

Dan kelima, filem ini benar-benar seperti jangkaan aku!

Ok, cukup!

Penilaian Expectation : Lulus

Filem Misteri Jalan Lama.

Aku peminat hasil kerja Afdlin Shauki. 

Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumolah, Papadom dan ini, Misteri Jalan Lama, eksperimentasi si Boboi dengan fenomena supernatural. 

Aku bersyukur jugalah pasal expectation aku tak tinggi untuk filem ini. Apa anda nak beza-bezakan juga ke efek khas untk filem bajet bawah RM5juta dengan filem bajet atas RM10juta?! So, aku lebih expectkan jalan ceritanya menarik, bukan efeknya.

Bagus. Plot cerita tersusun. Memang benar-benar supernatural. Pengarah cuba merungkai satu persatu persoalan. Tak mahu penonton tahu apa akan terjadi, walaupun penonton (actually 'aku') tahu yang si Ilya tu anak orang bunyian. Namun, Afdlin bijak mengawal tempo. Beliau mengubah mencuba pula mengajak penonton membuat jangkaan tentang apa akan berlaku pula pada Ilya selepas dia tahu dia adalah golongan bukan manusia biasa. Di situ yang menariknya kebijaksanaan anugerah Tuhan pada Boboi. 

Aku tahu, kadang-kala mood menonton filem ini dibunuh sebab kesan khas yang kurang menarik. Tapi apa nak dikisahkan. Dalam Merong pun sampan terbakar nampak macam........

Penilaian Expectation : Lulus

Filem Serigala Terakhir.

Actually, aku hanya tengok filem ini di kowagam (kotak wayang gambar) - televisyen, siaran SCTV milik Indonesia. Dok alih-alih, pap! Terpacul muka Vino G Bastian. Wah, anak muda ini memang gila. Aku pernah tengok dia dalam Radit dan Jani, dalam Cinta Rock 'n Roll. Waduh-waduh memang ada class sih lakunannya!

Bila mata dah tertancap di depan tv, expectation aku meninggi hanya kerana Best Actor dalam FFI 2008 ini berlakon. 

Serigala Terakhir merupakan buah tangan pengarah Upi (juga pengarah radit dan Jani). Upi aku lihat menjadikan tema 'liar' sebagai latar filemnya. Liar yang bagaimana? Contoh dalam Radit dan Jani, gejala dadah disimpulkan sebagai liar. Manakala dalam filem ini, gejala samseng yang diliarkan. Dalam erti lain, kegelapan. Namun, dalam kegelapan itu masih ada jiwa tulus, suci dan murni. Salah ke bila dalam sesebuah filem itu hanya ada watak yang berperwatakkan tak bermoral dengan rambut kusut-masai dan menghisap rokok (Aaron masih dengan rambut bergel semasa hisap rokok dalam KL Gangster)

Serigala Terakhir antara lain berkisar tentang perjuangan yang melibatkan pertempuran dua saudara. Sekarang anda pilih, kekuasaan ataupun rakan sepermainan. 

Ini mengingatkan aku pada dua filem. Pertama, The Bad, The Good and The Ugly kerana dalam filem itu tiada watak yang bermoral,  namun ada seseorang watak yang mampu diangkat menjadi hero atau pujaan. Tak ada masalahkan? Kedua, filem 9 Naga. Juga tentang gangsterisme dan jahatnya betul-betul jahat. Namun masih mampu mengajar yang ajarannya bukan seperti drama Gerak... Gerak... Gerak Khas!

Penilaian Expectation : Lulus

Filem 3 hati 2 Dunia 1 Cinta.

Aku berkenalan dengan filem ini selepas menonton video ini

Sebuah kisah yang diangkat dari novel, bestseller katanya di Indonesia. Dan selepas menontonnya, aku tak hairan kenapa novelnya diminati. Kisah dua individu yang berlainan pegangan bercinta dan terpaksa memutuskan sebuah keputusan untuk masa depan cinta mereka. 

Kita mungkin akan expect yang mereka akan berkahwin kerana di sana itu bukanlah perkara luar biasa. Tapi twist di akhir cerita membuatkan aku terpesona dengan penulisnya. Ya, jangkaan aku salah, tapi tak bermaksud ia sebuah filem yang gagal dan aku berani akui inilah filem yang betul-betul sweet

Persoalan membina ikatan yang salah bagi seorang Muslim atau mengikut kehendak keluarga, itulah filem yang jarang-jarang ada di Malaysia selepas pemergian Arwah Yasmin Ahmad. Tunggu juga Doktor-doktor filem olah filem sebegini, namun masih tiada. Mudah-mudahan nanti akan ada.

Penilaian Expectation : Lulus

Filem Ombak Rindu.

Dari segi lakonan, aku salute, tiada masalah. Maya Karin, Aaron Aziz dan semua-semua itu memang hebat berlakon. Tapi ada sesuatu yang menyekat feel aku sepanjang menontonnya.

Aku kerap dengar, kerap baca yang filem ini memang terbaik. Ramai yang katanya menangis sampai rabak mata sebaik keluar dari panggung. Jadi, expectaion aku sebelum menonton memang tinggi. 

Filem yang juga diangkat dari novel, sama seperti 3 hati 2 Dunia 1 Cinta ini memang menarik di dalam tangan Osman Ali (Kaki Bakar, Anak Halal dan Cun). Namun, entah kenapa aku rasa ada something yang kurang. Nak kata jiwa aku tak sentimentel, semalam tengok Sepi buat kali kesepuluh aku leh jek sentap dengan kisah Imaan. Jadi, di mana masalahnya?

Adakah kerana editing yang pada aku tak sesuai, tengah-tengah feel tengok Izzah nangis tetiba jek tukar scene. Ceh! 

Ataupun kerana kesilapan teknikal dengan ternampaknya mic di pinggang Maya.Erm... Kesimpulannya, jangan pakai baju jarang. Itu tidak elok. 

Entahlah, aku rasa filem ini kurang berjaya, sama seperti kata Fauziah Shaari. kadang-kadang orang menonton filem hanya semata-mata untuk menonton sebab itu mereka dapat feel, tapi sepanjang menonton filem ini aku terlalu mementingkan benda lain, terlalu fikirkan kenapa jadi begini, tak jadi begitu. Kan kalau begitu lagi menarik. Erm... Entahlah....

Penilaian Expectation : Gagal

Filem Songlap.

Malas nak tulis panjang-panjang pasal filem ni pasal aku dah mengantuk. Anda pergilah tonton dan sokong filem ini. Ia memang lain daripada yang lain, terbaik dan kalau anda tak mahu menjadi penilai, nak tengok je pon boleh. Sam baru nampak 'pandai' sikit dalam filem ni. Kalau memang Pelakon Terbaik pasal filem ni pun aku tak bising, tak macam dalam filem Kong.....

Untuk semua, anda takkan keciwa... Dan anda akan ,u;a suka dengan Chipun.
Penilaian Expectation : Lulus dengan jayanya!

Damn! Aku ingat nak tulis sikit jek pasal nak warm-up lepas lama tak bising-bising dalam blog ni. Tup-tup! 2 jam dah.... 
Sorrylah tak ada Maya Karin dan Sara Ali untuk review Ombak dan Songlap.
Untuk filem-filem Indonesia itu, anda boleh saksikan di Youtube.


heartStudio mempersembahkan

Monday, October 10, 2011

Tuhan Punya Kuasa

Aku, pemegang nama sampingan; Nyong, mohon dengan hina pada kuasa dariNya biar malas ini pergi, biar bosan ini hilang, biar cinta ini datang, biar rajin ini mari, biar idea ini bernas, biar hutang ini lunas, biar rezeki ini masuk, biar dosa ini bersih, biar umur ini panjang, biar tubuh ini cergas, biar sial ini tiada, biar celaka ini jauh, biar malam ini indah, biar siang ini hebat, biar hidup ini berkat, biar aku ini sedar, biar aku ini tahu, biar aku ini insaf, biar aku ini suci, biar doa ini MAKBUL.



Ini Tuhan punya kuasa. Jangan sombong mahu minta.

Friday, September 23, 2011

Bila Dua-dua Bini Nak Tunjuk Siapa Lagi Hebat!

Pilihlah... Gua pilih lampu-lampu tu. Gua dapat yang tu memang tak lepas tidur malam.


Sebelum kita pergi jauh lagi...


Bulatkan benda yang tersembunyi di dalam gambar ini.

Dapat? 
Apa?
Tak nampak?
Ok la, besarkan sikit...

Bulatkan benda yang tersembunyi di dalam gambar ini.

Ok... Nampak?
Aisehmen, tak nampak gak ke?
Nak lagi dekat?
Yelah...

Bulatkan benda yang tersembunyi di dalam gambar ini.

Kalau tak nampak juga, maknanya.... 
Ok, bagus! Nampak pun. 
Itu isteri baru aku.

Puan Adidas CC Experience Trainer.
Mas kahwin RM2++.++ tunai.
(Abaikan yang di belakang bukit sana.)

Bukan niat nak memiliki isteri lebih dari satu. Cuma tetiba terasa nak cari angin baru. Jangan risau isteri lama tetap di hati. Ok, seriously aku memang lama berhajat nak cari kasut baru. Kasut lama tu boleh pakai tapi itu lah macam aku cakap nak cari angin baru. Kasut baru boleh bagi semangat baru apa?! Motivasi penting untuk lari 2km, 4km, 6km 8km, 10km atau lebih lagi. 

So, aku try lah usha mana-mana kedai kasut yang ada jual 'isteri' yang boleh pikat hati. Tempat paling senang cari, anda pun tahu... al-Ikhsan la ye tak. Banyak pilihan, tapi awal-awal dah tolak nguratan dan ushaan Cik Nike. Belum ada nafsu lagi kat awek ni. Usha lagi. 

Biasalah Adidas jek yang boleh bagi ghairah, tapi salesbrader tu offer aku satu kasut. Puma yang amat ringan sesangat. Ini fakta! Baling kat semut pun semut tak mati. Silap-silap semut tu angkat balik kasut tu baling kat anda semula. Ok, ini auta! Ini awek memang eksklusif, datang bersama tandatangan Abang Besar Jamaica, Usain Bolt! Lu orang kenal Usain? Ini lagi famous dari itu Ayahanda KL.

Tapi aku takut sikit nak cuba ini awek. Apahal? Anda ingat aku cuba berdiskriminasi kerana Puma kebanyakan dipakai oleh orang kulit hitam dan Adidas kebanyakan dipakai oleh orang kulit puteh? 

Bulsit!

Adolf (Adi) Dassler dan Rudolf Dassler, merupakan saudara Dassler. Ini Dassler bersaudara telah mengilhamkan banyak kasut sukan yang sedap dipakai oleh atlet-atlet ternama. Pada suatu hari, Adi dan Rudolf tak semena-mena berpisah membawa haluan masing-masing. Adi terus menjenamakan kasut Adidas bersempena namanya. Tak pecaya? Cuba ni; Adi Dassler, Adi Dassle, Adi Dassl, Adi Dass, Adi Das. Maka terjadilah Adidas. Berlainan pula dengan Rudolf yang menjenamakan PUMA yang tidak bersempena namanya.
- TAK BERNAMA
(Cuba kira berapa kali 'nama' ditulis, betul gua kasik lu orang try gua punya bini baru.)

So, soal diskriminasi tak ada sangkut-paut dengan soal hati dan perasaan aku ni. Dua-dua awek Jerman, aku suka. Tapi aku dah pernah pakai Adidas, so muktamad aku cari awek Adidas. Kalau ada pilihan lagi memang dah lama aku cari Ascics ke, Mizuno ke. Ni tak ada. Orang tua-tua kata, jangan tamak. 

Mungkin sebab utama aku pilih yang ni sebab itu Adidas King of the Road 2011. Lu orang ada daftar? Syok wo! Situ lagi lu orang boleh tengok ramai awek, tapi see can, touch cannot. 

No. 2 : Akak marah ke saya kawen ngan abang?
No.1 : Eh, mana da marah... Dak marah la, hang ni...
No. 2 : Abeh tu, nape akak gigit jari saya? Sakit...

Selesai jek bayar mas kawin, aku lincah drive balik rumah. Nak cepat-cepat try isteri baru. Arena utama mestilah itu Bukit Layang-layang, PG. 

Overall, bini baru aku ni tak sesedap, sehebat dan selembut layanan bini tua. Bini baru ni keras tapaknya. Tak macam bini tua, lembut dan sedap. Cuma yang aku puji pasal bini baru ni sistem dia bestlah. Sejuk pasal guna konsep Climax Climacool. Benda baru, tak biasal lagi. Aku ada kurang 2 minggu nak bagi biasa.

Hahaha... Aku lagi sedap abang kata.
Mas kahwin RM1++.++ tunai.
(Abaikan yang di belakang bukit sana.)

Sebenarnya, kalau nak beli kasut ni kena beli betul-betul. Ada orang kata dengan aku, nak beli kasut, cerewet sikit pun tak apa. Pasal kasut ni kita nak guna lama, kene lasak. Kasut ni pakainya di kaki, bukan di kepala. Satu lagi, kalau beli kasut kita kena tahu apa tujuan kasut itu dicipta sedemikian rupa. Kena tahulah, macamana bentuk kasut nak pergi jalan-jalan, kasut nak buat main bola kat padang atau turf, kasut nak buat jog. Amat berisiko kalau kita pakai kasut Converse (sekadar menyebut beberapa jenama) yang bertapak tebal, keras dan rata untuk dibuat jogging. Kasut untuk jogging dicipta lembut, terjungkit di depan, sejuk. Itu semua sebab nak kurangkan risiko kesakitan pada patela atau lutut kita. Kena ingat tu.

 Aiseh, salah fokus...

Ok, baru betul...

Kesimpulannya, tak kiralah anda pakai bini apa pun, jenama apa pun, yang penting anda selesa. Bukan semua selera manusia sama, ye dak?

Ini bagi kakikaki motivasi sikit sebelum 2 Oktober 2011.



Ok lah, malas nak cerita lebih-lebih. Bini-bini gua dah panggil.


Salam!


Ye Yang! Ye Baby! Abang datang ni....!

Monday, August 15, 2011

Khairy Bazli & Halimatulsadiah






"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
Surah Ar Ruum : Ayat 21

Saturday, July 16, 2011

Aku Lebih Suka Bercerita Tentang Warna...

Aku pernah dipersoalkan tentang motif blog ini diwujudkan awal-awal dulu. Aku pun tak pasti nak jawab apa. Aku bukan A. Samad Said yang pandai nak bina ayat atas sekitar yang berlaku. Aku bukan Ibnu Sina yang hebat untuk mengajar orang yang membaca. Aku bukan Mahatma Ghandi yang boleh bercerita tentang perjuangannya.


Aku bukan seperti mereka.


Jadi, untuk mencari jawapan untuk soalan tadi, otak aku berputar sebelum berhenti ligat. 


"Apa motif blog ko, lahanat!"

Puas aku fikir. Depan pintu, tepi tingkap, atas kerusi, bawah meja, dalam jamban. Habis tempat dah nak pot, tak jumpa juga jawapan. Seminit, sehari, seminggu, sebulan. Habis waktu aku melayan, masih tak ketemu.

"Aha! Lu buat jek blog, leh wat duit ape..."

Tak boleh berfikir sendiri, aku cuba cari motif itu dari laman orang lain. Dari sinilah bermulanya aku berblogwalking. Bukan tak pernah dulu. Cuma dulu aku buka blog orang hanya untuk copy paste ke assignment aku. Cis! Plagiat di situ...

Hanis Zalikha, Hisamudin Rais, Maswafi, Mamat Khalid, Gayour. Ini semua nama  yang aku mula jumpa dalam dunia blog. Cuba-cuba merisik kalau boleh ku pinjam motif mereka menjadi motif aku.

Aku jumpa sesuatu dari situ.

Ya!

Aku tak boleh jadi A. Samad Said, Ibnu Sina mahupun Mahatma Ghandi, tapi aku boleh jadi diri aku sendiri. Aku suka bersukan dan aku akan ceritakan tentang keenakkan dan kemasinan setiap keringat yang keluar. Aku suka Fotografi dan aku akan ceritakan tentang keintiman pencahayaan dengan shot yang diambil. Aku suka seni dan aku akan ceritakan betapa seksinya warna yang ada di muka bumi ini.

"Kenapa anta tak tulis pasal politik kita?"

Sekarang aku tahu bidang aku itu dan aku akan tulis tentang itu. Untuk apa aku tulis jika aku masih tak faham dan tak mahu faham tentang sesuatu. Aku lebih senang menulis tentang warna daripada kelajuan enjin Suzuki Belang. Aku lebih tenang menulis tentang warna daripada menelaah mesin pancing Abu Garcia. Aku memang suka warna, semua...







Setiap cerita ada warnanya... Aku suka.

Tapi kenapa warna? Politik?


Dalam warna itu sendiri ada politiknya, dikelas-kelaskan supaya bila dicampur akan bernyawa warna yang lain. Ini politik tak segila politik itu. Ini politik lagi indah...

Sumber warna : Google

Tuesday, March 8, 2011

Resipi Teruna Pingitan (HOT STUFF!)

Alhamdulillah...

Aku ditakdirkan menjadi seorang yang tak pernah kekwat tentang makan. Walaupun kadang-kadang makanan tu aku tak boleh makan (jangan liurkan aku dengan udang sebesar paha Fara Fauzana, kerana aku tetap takkan terliur!), namun aku tetap takkan pernah merungut, mungkin hanya menolak tapi dengan cara yang baik. Kalau tak boleh makan yang ni, aku makan yang tu. Kalau tak boleh makan yang itu, aku makan yang ini. Senang kan... Untunglah siapa jadi bini aku! Hahaha...

Mungkin dia lebih beruntung sebab aku dilahirkan sebagai seorang chef dalam sisi hidup aku yang kedua! Hah! Amacam? Isi borang cepat... Hahahaha lagi...

Tak percaya?

Tanya saja si Encik Hamizi (blog yang jarang diupdate). Dia beruntung sebab setiap malam aku akan masakan makanan untuk dia makan. Itu baru housemate, macamana kalau bini aku nanti. Sebab itulah aku cakap, siang aku jadi cikgu. Bila malam, aku berubah menjadi mamak 24 jam! 

Ini mamak yang masak sambil berkain pelikat.

Ok lah... Menu yang paling senang aku nak kongsi untuk teruna di luar sana ialah nasi goreng. Sampai bila nak makan meggi kan... Dulu boleh lah cakap orang makan meggi ni pasal tak ada duit, tapi sekarang orang yang makan meggi adalah antara yang kaya dalam dunia remaja. Tak percaya? Dulu meggi berapa sen bai. Cuba bandingkan dengan harga sekarang. Perghh... Jangan harap nak harapkan subsidi beras Kampung Pisang nak beli meggi lagi! Confirm tak lepas juga! So, cara yang paling senang ialah nasi goreng ni. Kenyang pun kenyang... Jimat lagi.

Senang jek nak buat, hiris bawang besar, bawang putih dan cabai Melaka. Kalau malas nak hiris nipis-nipis, ambil pisau 'katok' bagi penyek. Kalau malas juga, ambil tukul besi 'katok' kepala sendiri! Hahaha... Siap hiris, tumiskan dalam kuali, minyak sikit jek. Jangan banyak-banyak. Kurang kolestrol dalam hati, tambahkan kolestrol dalam cinta! Lagi hahahaha....

Agak-agak dah kuning, tambahkan belacan dengan kiub pati ayam. Kiub tu jangan boh banyak sangat. Kurang sedap nanti. Kalau nak bagi rasa  sikit lagi bohlah perencah nasi goreng tapi tu pun jangan boh banyak-banyak. Garing jek tumisan tu, pecah telur sebiji, kacau-kacau sikit, baru boh nasi... Gaul-gaul lah sampai cantik, kalau nak boh kicap pun boleh. Ikutlah selera anda. Dah nama pun nasi goreng bujang, hentam sajalah labu! Anda sendiri juga yang makan,.

Bila dah siap jadilah macam ni....

Tadaaaa....!

dan ini...

Sedap tak? Sedap tak? (Sambil buat suara Eric)

Senang kan? Hahaha... Ini aku namakan 'Nasi Goreng Hentam Keromo Asal Ada Rasa'. Kalau ada bajet lebih tu beli lah nugget jadikan lauk (padahal nak hilangkan rasa muak nasi) ataupun yang paling murah iaitu tempe. Tempe? Iye, tempe! Malu lah orang Johor tak makan tempe. Dalam gambar, yang belakang nugget tu bukan daging beger yek, itu tempe goreng tepung. Perghhh... Kita orang siap buat sambal kicap tu. Bayangkan tempe cicah sambal kicap, gua tak bagi can beb...

Ini dessert untuk dikunyah sambil layan drama GEMILANG.

Amacam ada 'beran' nak cuba? Eh, cubalah. Buat penat jek aku tulis panjang. Cuba tau. Tak rugi apa-apa pun. Cuma antara sedap dengan tak sedap sajalah. Tapi aku buat ok jek. Kalau anda buat tapi rasa tak sedap tu bukan salah aku, salahkan air tangan anda sendiri. Kalau sakit perut, risiko tanggung sendiri.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Jangan lupa basuh pinggan yek! Salah satu senaman mudah  lepas makan...

(Nak resepi lain? Klik ni Air Tangan Chef Masquerade)

Harap maaf. Gambar tidak jelas disebabkan masalah camera DSLR 3.2 megapixel aku yang aku sendiri  tak dapat rungkaikan masalahnya.
Terima kasih untuk bonda, ayahanda dan kakanda yang banyak mengajar aku ilmu masakan.
Selamat mencuba dan selamat beramal!

Thursday, March 3, 2011

Membentuk Integrasi dalam Aktiviti Pendidikan Jasmani

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum. Di Semenanjung Malaysia, etnik-etnik yang terbesar ialah Melayu, Cina dan India. Manakala, di Sabah dan Sarawak etnik-etniknya lebih pelbagai termasuklah Kadazan, Bajau, Bidayuh, Iban dan Murut. Pendidikan merupakan salah satu media di mana perpaduan boleh diajar dan diamalkan dalam kehidupan.

Di sekolah, guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan mengintegrasikan murid yang berbilang kaum. Masalah dalam menyatupadukan rakyat Malaysia ini sebenarnya sudah lama berlaku. Masalah utama yang dihadapi selepas Malaysia mencapai kemerdekaan ialah memupuk perpaduan antara kaum. Ia jelas dapat dilihat dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pada waktu ini, prestasi perpaduan di Malaysia teramatlah teruk hingga pemimpin ketika itu terpaksa mengisytihar darurat di seluruh negara. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat diatasi sedikit demi sedikit sehinggalah ia berjaya membina semula semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Salah satu cara penyelesaiannya adalah melalui pendidikan seperti yang telah dinyatakan dalam Laporan Razak. Jika dilihat dari segi pendidikan, guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam hal menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Oleh sebab itu, guru dianggap sebagai watak  penting dalam mengatasi masalah ini. Bidang pendidikan dianggap sebagai salah satu media bagi guru melatih, mendidik dan mengintegrasikan murid.

Masalah berkaitan integrasi murid ini turut dialami oleh pengkaji sendiri semasa menjalani praktikum di dua buah sekolah, SK St. Paul dan SK Methodist. Sebagai contoh, apabila arahan diberikan kepada murid-murid untuk membina kumpulan, mereka lebih selesa untuk berada di dalam kumpulan yang terdiri daripada kaum yang sama. Keadaan ini agak menyukarkan kerana apabila menjalankan aktiviti, murid-murid tidak akan melakukannya secara bersungguh-sungguh. Mereka juga tidak akan mendengar arahan yang diberi kerana akan berbual sesama sendiri.

Jika keadaan ini berterusan tanpa dikawal, objektif pengajaran dan pembelajaran sukar untuk dicapai. Selain itu, murid-murid juga tidak dapat belajar untuk berintegrasi dengan rakan-rakan yang berlainan kaum. Oleh sebab itu, guru perlu sedar bahawa murid-murid perlu tahu Malaysia merupakan sebuah negara majmuk. Mereka perlu dididik sejak kecil lagi tentang perlunya perpaduan walaupun hidup dalam negara berbilang kaum selaras dengan matlamat Perdana Menteri dalam program 1 Malaysia. Ketika menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani juga, guru perlu mementingkan beberapa aspek dari segi perbezaan budaya murid yang berbilang kaum. Isu-isu sensitiviti perlu dijaga supaya tidak menimbulkan sebarang masalah yang lebih besar.




Dipetik dari Kajian Tindakan 
KEBERKESANAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI 
DALAM MENGINTEGRASIKAN MURID BERBILANG KAUM 
 MURID TAHUN 2 URANUS SK METHODIST (ACS) SEREMBAN

Wednesday, December 8, 2010

"Call Me Back..."

Aku masuk, kasi pusing kunci, tendang starter dan.... Broooommm! Weng-weng sikit, bagi panas enjin. Tak apa, enjin empat lejang tak adalah menyalak macam motor RXZ idaman hati tu.
Betul-betulkan sikit helmet, masuk gear 1 dan blah. Tak payah lama-lama. Persetanlah apa yang aku belajar di sekolah memandu tu. Orang cipta rule pasal nak bagi kita langgar, kalau tak, tak adalah sesiapa yang kena hukuman. Hahahaha... (Jangan ambil pusing apa yang aku tulis tadi. Hidup kena ada peraturan.)



Tak sempat motor nak berkahak kali kedua, aku rasa ada benda bergetar di dalam seluarku! Sedap! Oh, baru aku ingat tadi aku letak iPhone my phone dalam poket jeans yang dah sebulan tak basuh ni. 
Sekali bonda call lah. Tekan 'answer', bagi 'loudspeaker'. Angin kuat, tak dengar pula amanat bonda nanti.


iPhone My phone!


"Asslamualaikum," ucap anak mithali ni separuh jerit.
"Waalaikumussalam... Ko kat mana tu?"
"Atas motor nak pergi kedai..." jawab aku sambil membuat aksi Superman, seboleh-boleh nak sembunyikan kepala belakang handle. "Kenapa bonda?"
"Tttttuuuuutttttttttttttttt...."


Aku duduk elok-elok semula, segan pula dah macam mat rempit.  Bonda langsung tak bagi amanat, sudah putus tapi aku tak hairan kerana amanatnya tetap sama dari dulu sampai sekarang, "Bonda sayang kamu...!!! Call me back, ok."


"Ye yunk, abang ondaway balik ni... Tak apa jalan jam, pakai phone pun tak apa..."

"Raju motor juga bawa. Bawa motor tara pakai helmet tara papa punya tapi jawab phone kasi jangan!"