Kalau aku menjadi seorang coach atau manager pasukan bola sepak, pasti aku mahu pemain-pemain yang mantap dan terbaik!
Emm... bukan macam ni. Maksud aku... Pandai main bola, not scandalous! Hehe...
Kalau menjadi coach atau manager sesebuah pasukan bola sepak nanti, aku harap aku bukanlah jenis yang cepat melatah. Aku tahu bukan senang untuk membina sebuah pasukan yang terbaik dan tersanjung. Tapi perlu difikirkan, menjadi nombor satu lebih mudah daripada mempertahankannya. Tekanan berbeza-beza. Jika kita mampu atasinya, bonus untuk kita.
Walaupun kita mempunyai pasukan yang terbaik belum tentu kita boleh menang untuk selama-lamanya. Cuma yang penting, jangan terlalu merendah diri dan jangan terlalu yakin. Kalah pun tak apa... Nak buat macamana. Lawan memang bermain dengan baik. Tak rugi apa kan... Mungkin rugi sikit kot.
Yang pernah menjadi pujaan hatiku; Barcelona, Manchester United 1999 (skuad trebel), Arsenal, Kedah dan T-Cheers FC!