Aku bukan seperti mereka.
Jadi, untuk mencari jawapan untuk soalan tadi, otak aku berputar sebelum berhenti ligat.
"Apa motif blog ko, lahanat!"
Puas aku fikir. Depan pintu, tepi tingkap, atas kerusi, bawah meja, dalam jamban. Habis tempat dah nak pot, tak jumpa juga jawapan. Seminit, sehari, seminggu, sebulan. Habis waktu aku melayan, masih tak ketemu.
"Aha! Lu buat jek blog, leh wat duit ape..."
Tak boleh berfikir sendiri, aku cuba cari motif itu dari laman orang lain. Dari sinilah bermulanya aku berblogwalking. Bukan tak pernah dulu. Cuma dulu aku buka blog orang hanya untuk copy paste ke assignment aku. Cis! Plagiat di situ...
Hanis Zalikha, Hisamudin Rais, Maswafi, Mamat Khalid, Gayour. Ini semua nama yang aku mula jumpa dalam dunia blog. Cuba-cuba merisik kalau boleh ku pinjam motif mereka menjadi motif aku.
Aku jumpa sesuatu dari situ.
Ya!
Aku tak boleh jadi A. Samad Said, Ibnu Sina mahupun Mahatma Ghandi, tapi aku boleh jadi diri aku sendiri. Aku suka bersukan dan aku akan ceritakan tentang keenakkan dan kemasinan setiap keringat yang keluar. Aku suka Fotografi dan aku akan ceritakan tentang keintiman pencahayaan dengan shot yang diambil. Aku suka seni dan aku akan ceritakan betapa seksinya warna yang ada di muka bumi ini.
"Kenapa anta tak tulis pasal politik kita?"
Sekarang aku tahu bidang aku itu dan aku akan tulis tentang itu. Untuk apa aku tulis jika aku masih tak faham dan tak mahu faham tentang sesuatu. Aku lebih senang menulis tentang warna daripada kelajuan enjin Suzuki Belang. Aku lebih tenang menulis tentang warna daripada menelaah mesin pancing Abu Garcia. Aku memang suka warna, semua...
Setiap cerita ada warnanya... Aku suka.
Tapi kenapa warna? Politik?
Dalam warna itu sendiri ada politiknya, dikelas-kelaskan supaya bila dicampur akan bernyawa warna yang lain. Ini politik tak segila politik itu. Ini politik lagi indah...
Sumber warna : Google
11 comments:
tuan, motif tuan ialah keikhlasan bercerita...setuju?
sekarang politik pun nak diwarnakan jugak.
dunia.
acai : hamba ikhlas mencintai warna...
hush : biar warna, biar cantik...
dalam. sangat dalam :) warna sukar di ramal apa motifnya
naz : abstrak sgt... kdg2 org fikir mcm tu, tpi ada org fikir mcm ni lak...
aku suka power randers biru..tapi aku lagi suka power rangers merah jambu..
jadi aku suka pada rangers or pada warnanya? ni pun bleh dipolitikkan..hahaha
"Aku suka seni dan aku akan ceritakan betapa seksinya warna yang ada di muka bumi ini."
:) hebat
clown : lu mmg otak budak2... tpi gua lagi suka son go ku...
tengku pemimpi : warna apa paling seksi dalam dunia ini...?
abstrak, awak suka ini, saya suka itu!
Post a Comment