Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Kesilapan Menonton Filem (Ini Review Tentang Filem)

Expectation itu jangkaan.


Mudah.


Aku malas nak terangkan dalam-dalam. Anda tahu.


(Rujuk sini kalau masih tak berapa nak faham, tak berapa nak tahu.)


Fenomena biasa sebelum aku (actually 'kita') menonton filem, adalah dengan menonton treler. Betul ngak? Dan disebabkan fenomena ini, aku (actually 'kita') akan terkinja-kinja mahu menonton filem tersebut, itupun kalau treler dia gempak nak mampus. Contoh, ini


Tapi... Itu dulu.


Sekarang, kita (actually 'aku') dah pandai sikit. 


Fenomena biasa sebelum kita (actually 'aku') menonton filem, adalah dengan membaca review. Betul ngak? ("Betul,"jawab aku.) Dan disebabkan fenomena ini, kita (actually 'aku') akan terkinja-kinja mahu menonton filem tersebut, itupun kalau review dia taklah teruk nak mampus. Contoh, ini.


Jelas dengan penerangan ini?


Itu yang aku maksudkan tentang expectation. Jangan nak tipu kalau anda tak pernah berexpectation sebelum dan semasa menonton filem. Ini semua lumrah permainan akal sepanjang menjamu filem. Kadang-kadang apa yang kita jangka (expect) tepat,  dan kadangkala tak tepat (unexpected).


Apa perasaan anda bila jangkaan anda tepat?
A   Melonjak Kegembiraan
B   Menangis Sayu
C   Gigit Jari
D   Semua Di Atas


Apa perasaan anda bila jangkaan anda tidak tepat?

A   Melonjak Kegembiraan
B   Menangis Sayu
C   Gigit Jari
D   Semua Di Atas


Ok... mari kita pergi dengan lebih serius.


Ini situasinya.


Pertama.


Anda menonton treler sebuah filem. Bagus, trelernya bisa menaikkan syahwat anda untuk ke menonton. Expectation anda untuk fenomena ini, filem ini bagus. Baik. Anda meneruskan dengan fenomena kedua, membaca review. Bagus. Ramai yang memuji. Jadi, expectation anda semakin kuat mengatakan filem ini bagus. Anda pun terus ke panggung wayang gambar - pawagam (al-Fatihah buat Allaryarham P. Ramlee). Semasa di pawagam, menonton filem, expectation anda betul-betul tepat. 100% anda akan berjumpa kawan anda di kedai mamak dan berkata, "ko kene tengok citer ni dowh!" atau, "hang pi tgk cita ni. gila best hang tau dak!" atau, " mu laye cito ni.  Meme syok!"


Kedua.


Anda menonton treler sebuah filem. Bagus, trelernya bisa menaikkan syahwat anda untuk ke menonton. Expectation anda untuk fenomena ini, filem ini bagus. Baik. Anda meneruskan dengan fenomena kedua, membaca review. Erm... Ada yang memuji, ada yang mengeji. Jadi, expectation anda akan berubah. Namun, anda tetap ke panggung wayang gambar - pawagam (al-Fatihah buat Allaryarham P. Ramlee). Semasa di pawagam, menonton filem, expectation anda mengatakan filem itu kurang sengat. 100% anda akan berjumpa kawan anda di kedai mamak dan berkata, "erm... citer ni.... ermmm..." atau, "erm... cita ni... ermmm..." atau, " erm... cito ni... ermmm..."


Ketiga.


Treler tak macam harem pulak, review pun penuh dengan kata-kata nista. Apa anda mau tengok jugak???


Baik, itu pendapat aku, sebagai penonton.


Tapi, aku tak mahu menonton. Aku mahu menilai. Sebab tu, filem yang treler macam harem, review penuh dengan kata nista pun aku layan. Tak habis tengok pun takpa, janji tengok.


Hahaha....


Sebagai kesimpulan, ini rumus aku.


Treler gempak + Review pujian = Ini
Treler gempak + Review kejian = Ini
Treler suam + Review pujian = Ini
Treler suam + Review kejian = Ini
Treler hancur + Review kejian = Ini


Ok, belum tamat lagi tulisan ni. Mari kita lihat contoh-contoh filem yang aku tengok.


Filem Nur Kasih the Movie.

Kalau nak tahu, lama aku berfikir sebelum nak 'mereview' filem ini. Cuba nak buang rasa sayang, cinta pada Tiz Zaqyah, malah pada Kabir juga. Aku tak mahu dibilang pengamal hipokrasi atau pilih kasih hanya kerana aku mempunyai hubungan dengan Zaqyah (tangan di dada, mata ke atas). 

Ok, seriously. Aku adalah Nurkasihian, seperti Joni sebagai Chelsean, Mat sebagai Selangorian, Cai sebagai Metalian dan Jamlus sebagai Edwardian. Tak salahkan aku mengaku. Tiap sirinya aku tonton di TV3.com.my tiap hari Sabtu, jam 3 pagi. Tak salah kan? 

Filem ini berbajet besar dan mungkin sebab itulah ramai yang bajet ia betul-betul filem yang bagus. Ya, ia masih dalam kelompok filem yang bagus, namun belum cukup-cukup bagus. Kenapa bukan filem yang betul-betul bagus? Itu persoalannya.

Penulis (Mira Mustafa), aku lihat cuba menghidupkan kesedihan dalam diri kita as a penonton (bercakap ala-ala Rosmah). Itu tidak apa kerana aspek kesedihan itu salah satu aspek penting dalam menjiwakan jalan cerita sesebuah filem. Namun, something is not right jika ia terlalu mahu dipadatkan sebuah filem 2 jam dengan 1001 kesedihan, mahupun pengajaran. Ya, aku tahu. Kemalangan, kematian, takdir, itu semua rahsia Tuhan. Siapa aku mahu menentang jika ia akan datang bertimpa-timpa. Tapi, dalam konteks filem yang bermain dengan durasi, alunan lagu dan bunyi, aku seperti terpaksa menangis semasa menonontonnya. Ya, terpaksa! Perlu diingat, kebosanan itu boleh membunuh. Dan aku jelas sekali terbunuh dalam kebosanan adegan kesedihannya. 

Walaubagaimanapun, filem ini masih bagus walaupun tak menjadi filem yang betul-betul bagus. Ini bukan dosa besar bagi aku dengan kesalahan yang Kabir buat dalam filem ini. Sebab apa? Kerana Kabir masih tidak mengecewakan dari segi sinemafotografinya (tahniah pada pengarahnya). Sebab itu aku tak jelak menonton buat kali kesepuluh filem Sepi.... kenapa? Ada masalah?


Cuma, babak kepala berapi tu tak payah tak apa kot..... Dan "...the Movie" tu, filem Malaysia tak payah pakailah. Cari perkataan lain. macam Nur Kasih : Kelahiran Semula. Apedehal!


Penilaian Expectation : Gagal


Filem Real Steel.

Tak nak cakap banyak. Lima benda jek...

Pertama, Hugh Jackman tak pernah mengecewakan aku.

Kedua, jalan cerita yang benar-benar awesome walaupun mudah dijangka.

Ketiga, muzik dan bunyi yang betul-betul membantu aku menjiwai plot.

Keempat, aku akui ada sesuatu yang hangat di balik mataku ketika menonton babak perlawanan Charlie Kenton (Atom) dengan Zeus. Air mata barangkali....

Dan kelima, filem ini benar-benar seperti jangkaan aku!

Ok, cukup!

Penilaian Expectation : Lulus

Filem Misteri Jalan Lama.

Aku peminat hasil kerja Afdlin Shauki. 

Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumolah, Papadom dan ini, Misteri Jalan Lama, eksperimentasi si Boboi dengan fenomena supernatural. 

Aku bersyukur jugalah pasal expectation aku tak tinggi untuk filem ini. Apa anda nak beza-bezakan juga ke efek khas untk filem bajet bawah RM5juta dengan filem bajet atas RM10juta?! So, aku lebih expectkan jalan ceritanya menarik, bukan efeknya.

Bagus. Plot cerita tersusun. Memang benar-benar supernatural. Pengarah cuba merungkai satu persatu persoalan. Tak mahu penonton tahu apa akan terjadi, walaupun penonton (actually 'aku') tahu yang si Ilya tu anak orang bunyian. Namun, Afdlin bijak mengawal tempo. Beliau mengubah mencuba pula mengajak penonton membuat jangkaan tentang apa akan berlaku pula pada Ilya selepas dia tahu dia adalah golongan bukan manusia biasa. Di situ yang menariknya kebijaksanaan anugerah Tuhan pada Boboi. 

Aku tahu, kadang-kala mood menonton filem ini dibunuh sebab kesan khas yang kurang menarik. Tapi apa nak dikisahkan. Dalam Merong pun sampan terbakar nampak macam........

Penilaian Expectation : Lulus

Filem Serigala Terakhir.

Actually, aku hanya tengok filem ini di kowagam (kotak wayang gambar) - televisyen, siaran SCTV milik Indonesia. Dok alih-alih, pap! Terpacul muka Vino G Bastian. Wah, anak muda ini memang gila. Aku pernah tengok dia dalam Radit dan Jani, dalam Cinta Rock 'n Roll. Waduh-waduh memang ada class sih lakunannya!

Bila mata dah tertancap di depan tv, expectation aku meninggi hanya kerana Best Actor dalam FFI 2008 ini berlakon. 

Serigala Terakhir merupakan buah tangan pengarah Upi (juga pengarah radit dan Jani). Upi aku lihat menjadikan tema 'liar' sebagai latar filemnya. Liar yang bagaimana? Contoh dalam Radit dan Jani, gejala dadah disimpulkan sebagai liar. Manakala dalam filem ini, gejala samseng yang diliarkan. Dalam erti lain, kegelapan. Namun, dalam kegelapan itu masih ada jiwa tulus, suci dan murni. Salah ke bila dalam sesebuah filem itu hanya ada watak yang berperwatakkan tak bermoral dengan rambut kusut-masai dan menghisap rokok (Aaron masih dengan rambut bergel semasa hisap rokok dalam KL Gangster)

Serigala Terakhir antara lain berkisar tentang perjuangan yang melibatkan pertempuran dua saudara. Sekarang anda pilih, kekuasaan ataupun rakan sepermainan. 

Ini mengingatkan aku pada dua filem. Pertama, The Bad, The Good and The Ugly kerana dalam filem itu tiada watak yang bermoral,  namun ada seseorang watak yang mampu diangkat menjadi hero atau pujaan. Tak ada masalahkan? Kedua, filem 9 Naga. Juga tentang gangsterisme dan jahatnya betul-betul jahat. Namun masih mampu mengajar yang ajarannya bukan seperti drama Gerak... Gerak... Gerak Khas!

Penilaian Expectation : Lulus

Filem 3 hati 2 Dunia 1 Cinta.

Aku berkenalan dengan filem ini selepas menonton video ini

Sebuah kisah yang diangkat dari novel, bestseller katanya di Indonesia. Dan selepas menontonnya, aku tak hairan kenapa novelnya diminati. Kisah dua individu yang berlainan pegangan bercinta dan terpaksa memutuskan sebuah keputusan untuk masa depan cinta mereka. 

Kita mungkin akan expect yang mereka akan berkahwin kerana di sana itu bukanlah perkara luar biasa. Tapi twist di akhir cerita membuatkan aku terpesona dengan penulisnya. Ya, jangkaan aku salah, tapi tak bermaksud ia sebuah filem yang gagal dan aku berani akui inilah filem yang betul-betul sweet

Persoalan membina ikatan yang salah bagi seorang Muslim atau mengikut kehendak keluarga, itulah filem yang jarang-jarang ada di Malaysia selepas pemergian Arwah Yasmin Ahmad. Tunggu juga Doktor-doktor filem olah filem sebegini, namun masih tiada. Mudah-mudahan nanti akan ada.

Penilaian Expectation : Lulus

Filem Ombak Rindu.

Dari segi lakonan, aku salute, tiada masalah. Maya Karin, Aaron Aziz dan semua-semua itu memang hebat berlakon. Tapi ada sesuatu yang menyekat feel aku sepanjang menontonnya.

Aku kerap dengar, kerap baca yang filem ini memang terbaik. Ramai yang katanya menangis sampai rabak mata sebaik keluar dari panggung. Jadi, expectaion aku sebelum menonton memang tinggi. 

Filem yang juga diangkat dari novel, sama seperti 3 hati 2 Dunia 1 Cinta ini memang menarik di dalam tangan Osman Ali (Kaki Bakar, Anak Halal dan Cun). Namun, entah kenapa aku rasa ada something yang kurang. Nak kata jiwa aku tak sentimentel, semalam tengok Sepi buat kali kesepuluh aku leh jek sentap dengan kisah Imaan. Jadi, di mana masalahnya?

Adakah kerana editing yang pada aku tak sesuai, tengah-tengah feel tengok Izzah nangis tetiba jek tukar scene. Ceh! 

Ataupun kerana kesilapan teknikal dengan ternampaknya mic di pinggang Maya.Erm... Kesimpulannya, jangan pakai baju jarang. Itu tidak elok. 

Entahlah, aku rasa filem ini kurang berjaya, sama seperti kata Fauziah Shaari. kadang-kadang orang menonton filem hanya semata-mata untuk menonton sebab itu mereka dapat feel, tapi sepanjang menonton filem ini aku terlalu mementingkan benda lain, terlalu fikirkan kenapa jadi begini, tak jadi begitu. Kan kalau begitu lagi menarik. Erm... Entahlah....

Penilaian Expectation : Gagal

Filem Songlap.

Malas nak tulis panjang-panjang pasal filem ni pasal aku dah mengantuk. Anda pergilah tonton dan sokong filem ini. Ia memang lain daripada yang lain, terbaik dan kalau anda tak mahu menjadi penilai, nak tengok je pon boleh. Sam baru nampak 'pandai' sikit dalam filem ni. Kalau memang Pelakon Terbaik pasal filem ni pun aku tak bising, tak macam dalam filem Kong.....

Untuk semua, anda takkan keciwa... Dan anda akan ,u;a suka dengan Chipun.
Penilaian Expectation : Lulus dengan jayanya!

Damn! Aku ingat nak tulis sikit jek pasal nak warm-up lepas lama tak bising-bising dalam blog ni. Tup-tup! 2 jam dah.... 
Sorrylah tak ada Maya Karin dan Sara Ali untuk review Ombak dan Songlap.
Untuk filem-filem Indonesia itu, anda boleh saksikan di Youtube.


heartStudio mempersembahkan

Thursday, January 20, 2011

The Song of Sparrow : Keindahan Lukisan Minda Majid Majidi



Filem : The Song of Sparrow
Pengarah : Majid Majidi
Terbitan : 


Apa impian anda? Apa harapan untuk impian anda itu? 


Aku pun ada impian dan harapan aku impian itu akan menjadi kenyataan. Biar lambat, biar susah mana pun aku takkan pernah lupa untuk memasang impian, walaupun kadang-kadang aku sedar impian aku itu hanya tinggal impian. Huhu... Bilalah boleh pergi Stadium Emirates dan Nou Camp yek?


Entah bila kali terakhir aku menonton filem yang penuh hiasan seni. Aku pun dah lupa. Rentetan air tangan  'magis' arwah Yasmin Ahmad masih terngiang-ngiang bermain di kotak fikiran. Mungkin kerana lukisan minda Yasmin sebiji dengan pemikiran pengarah tersohor, Majid Majidi.


Siapa Majid Majidi?


Pengarah yang berjaya memikat hati aku dengan buah tangan terdahulu, Children of Heaven. Sesetengah orang akan mempersoalkan kenapa aku minat dengan filem-filem macam tu. Pergerakan cerita yang lambat, tak banyak dialog dan tiada superstar yang cantik-cantik menghiasi pandangan kita. Jawapan aku senang saja kerana aku suka. Dalam Children of Heaven, Majid Majidi hanya berpaksikan pada lakonan beberapa orang pelakon kanak-kanak dan ia sudah cukup rencah untuk dinikmati.


Begitu juga dalam The Song of Sparrow. Mendengar saja Majid Majidi adalah terajunya, aku tak berlengah memohon pada rakan yang rajin men'download'. 


Apa yang istimewanya filem ini?


Filem ini dekat dengan aku. Kisah orang kelas pertegahan, yang bekerja untuk sesuap nasi, menampung hidup keluarga. Sesekali terfikir juga, kenapa kita tidak dilahirkan sebagai seorang yang berharta. Kalau sudah kaya tak menjadi masalah untuk membeli alat pendengaran yang lebih mahal dan berkesan. Nasib, kita yang ubah. Apa guna kita bermimpi kalau tiada harapan, duduk di kedai kopi dan hanya berkata, "kalau aku kaya... bla bla bla bla..." Lupakan sajalah.


Ketepikan persoalan cara watak Kareem bersembahyang, isi filem ini mampu membuatkan air mata aku bergenang (belum tumpah lagi yek!). Susah payah membesarkan anak-anak, menampung perbelanjaan keluarga, itu saja sudah cukup melembutkan hati yang keras. Mungkin babak yang paling berkesan adalah sewaktu bekas ikan-ikan anak Kareem terlungkup dan pecah, ikan bertaburan (lihat pada poster filem). Apa lagi yang boleh dibuat selain membiarkannya terus hidup di dalam longkang. 


Kredit perlu diberi pada kesemua yang terlibat dalam filem ini. Semuanya memainkan peranan dengan bagus. Pelakon, pengarah, teknikal dan sinemafotografi yang cantik, cukup berkesan di hati.


"Aku meyetujui, ya, filem Islam, filem yang berdakwah boleh dilakukan, boleh dibikin, tetapi mereka haruslah berkiblatkan dengan mazhab Majid Majidi, kerana ianya, seseungguhnya suatu pengalaman dan pemahaman Islami yang indah dan tidak pernah menghampakan, dan masih berjaya melangkau kemanusiaan yang sarwajagat." - Fadz.


Aku agak keliru, adakah lalat yang selalu bermain di hidung Kareem tu merupakan seekor lalat yang dilatih untuk babak berkenaan!

Thursday, December 23, 2010

HKLBR : Cerita Hantu yang Tiada Hantunya!

Filem : Hantu Kak Limah
Pengarah : Mamat Khalid
Terbitan : Tayangan Unggul


Encik Adie, cilok satu gambar yek...


Dah lama kot aku tak buat review filem-filem yang baru masuk wayang. Huh, yelah. Asyik dok tengok cerita lama jek. Tu pun tengok banyak kali pasal dah tak tahu nak buat apa.


Mamat Khalid, seorang tua yang faham apa orang Malaysia nak. Dulu masa sukan Komanwel kat Malaysia, beliau ni buat cerita Rombongan Cik Kiah. Lepas tu, bila muzik rock kapak kembali mendapat tempat di hati pendengar, beliau buat cerita Rock. Masa Malaysia diserang dengan filem-filem hantu, beliau pun tak nak ketinggalan megikut selera penonton dengan buah tangannya, Zombie Kampung Pisang. Cuma, apa yang istimewa tentang filem tu kerana ia cerita hantu yang tak ada hantunya!


Macamana tu?


Kesinambungan dari filem Zombie Kampung Pisang adalah melalui filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bila kita tengok pada tajuknya, Hantu Kak Limah Balik Rumah, aku dah fikir, Mamat Khalid ni confirm nak buat cerita mengarut. Hahaha... Dalam mengarut cerita beliau pun tetap ada isinya. Macam dalam cerita Man Laksa. Cerita agak sempoi, simple tapi banyak isinya. Aku tetap suka.


Macam tu lah juga yang berlaku dalam filem HKLBR ni. Aku menjenguk panggung rasanya hampir 5 hari lepas filem ni ditayangkan tetapi aku terkejut pasal malam tu panggung penuh! Aku ulangi, PENUH!!! 


Apa yang menariknya filem HKLBR?


Pertama sebab dalam filem ini ada Awie. Hehehe... Kaki Rock Kapak confirm tak nak ketinggalan tengok ikon dari kumpulan Wings ni. Sepertimana dalam filem Zombie Kampung Pisang, Awie yang memainkan watak Husin cukup berkesan di hati penonton. Serius. Sepanjang menonton filem ini aku berfikir, ini ke Awie yang aku tengok dalam filem Sembilu dulu tu. Hahaha...


Sebab keduanya pula adalah Mamat Khalid. Bagi aku yang memang dari dulu ikut 'mafia' filem Melayu ni pasti tak nak ketinggalan nak terus menikmati karya terbarunya. 


Ketiga adalah disebabkan filem ini cukup rencahnya, seram dan komedi. Perghh... Aku rasa sepanjang menonton filem ni aku gelak jek. Hahaha... Memang lawak gila. Apa yang cuba ditonjolkan Mamat adalah untuk menghentam sikap orang kita yang cepat percaya pada benda-benda karut. Banyak juga isu-isu semasa yang beliau bangkitkan tetapi secara komedi sinikal. Siapa makan cili, dialah rasa cilinya. 


Aku rasa ni memang filem terbaik Mamat Khalid selepas filem Rock. Tapi tengok pada endingnya, macam nak sambung jek. Hehehe... Tak apa, aku tunggu.

Sunday, August 29, 2010

"Cemburu, mungkin..."




Bersembang tentang chenta... 

Orang selalu kata 'cemburu itu tandanya sayang'. Betul ke? Hurmm... Betul juga kot. Kalau tak sayang untuk apa nak cemburu. Jadi, cemburulah selalu supaya anda akan terus menyayangi seseorang itu. Haha...

Tapi kenapa kadang-kadang kita dengar ada yang berpisah kerana perasaan cemburu? Apa maknanya pula? Aku pun tak faham dengan permainan chenta ni. Pengalaman? Entahlah pengalaman pun belum mampu mengajar aku maksud sebenar cemburu itu. Aku tetap tak faham.

Sepi merupakan sebuah filem chenta buatan Malaysia yang terbaik dari ladang!
Memori terpalit di dalamnya...

Wednesday, June 9, 2010

Lagenda Budak Setan - Sikit Saja Lagi...

Tajuk : Lagenda Budak Setan
Pengarah : Sharad
Terbitan : AstroShaw


Apa yang kurang yek dalam cerita ni? Emm... Dulu aku tak baca habis karya ini dalam bentuk novel. Ada yang cakap jalan ceritanya menarik dan ada pula yang kata cara penulisan Ahadiat Akashah agak berselirat, susah nak faham. Betul juga kot, sebab tu aku tak habis baca novel tu. Hehe... Walaubagaimanapun, aku cukup suka jalan cerita novel tersebut. Jujur kot...

Masalah utama apabila sesebuah novel divisualkan adalah kesamaan jalan ceritanya, perwatakan wataknya dan persamaan feel semasa menonton dengan membaca. Benda ni bukan sahaja berlaku dalam industri filem Malaysia tetapi di Hollywood turut berlaku benda yang sama. Mmm... Pada aku benda ni terpulang pada individu itu nak terima macamana.
OK, terus pada filem ni. Mmm... Sinematografi pada aku cukup menarik dan cukup membantu menutup kecacatan dan kekurangan filem ni. Tak sia-sialah upah pengarah fotografi luar. Soal pelakon pula, agak tepat bila pilih Farid Kamil dan Que Haidar bawa watak Kashah dan Azmi. Memang terbaik. 
Macamana pula watak Ayu? 
Ish... Susah nak cakaplah. Pada aku cerita ni memang sebuah filem yang bagus tapi feel nya tak sampai sepertimana aku tengok cerita Sepi dan Cinta. Lisa dan pelakon baru tu, Ekin agak 'palsu' masa bawa watak Ayu, tapi bukan pada semua babaklah. Fazura sebagai Kate hadir bukan sahaja sebagai penyeri tetapi pnyelamat kepada heroin yang ada.Lepas Fazura wujud baru aku rasa penonton bergelak ketawa. Lucu babak Kate merawat Kashah tu.
Walaubagaimanapun masalah-masalah kecil tu semua tidak  mengganggu keseluruhan perjalanan plot kot. Filem ni tetap aku boleh golongkan sebagai filem cinta yang bagus.
Terbaru aku baca suratkhabar hari ni, dalam masa 4 hari tayangan saja filem ni sudah menggamit 1.7 juta penonton. Boleh tahan lah. So, memang tak hairanlah menagapa novel Lagenda Budak Setan boleh menjadi kegilaan sewaktu dahulu. Tahniah lah pada semua yang terlibat. Kelemahan kecil-kecil tu diharap boleh diperbaiki.

Geram tengok aksi doktor yang menjawat pelakon pembantu tu, berlakon macam haram! Pengarah tolong alert tentang pelakon-pelakon tambahan!

Thursday, December 17, 2009

5 Filem Mesti Tonton!

Kalau nak diikutkan, tahun ni aku banyak terlepas menonton filem-filem terbaik dan yang paling aku menyesal pasti saja ketinggalan menonton filem Talentime dan This Is It, filem dokumentari berkisarkan kehidupan Raja Pop, Micael Jackson beberapa hari sebelum pemergian mengejutnya.
Tahun 2009 semakin sampai ke penghujungnya. Untuk coretan kali ini, aku ada bagi cadangan tentang beberapa filem yang menarik untuk ditonton.

Sang Pemimpi (Riri Riza)
Filem ini merupakan kesinambungan dari filem Laskar Pelangi. Ya, filem hebat yang penuh dengan suka-duka yang pernah menambat hatiku!
Sang Pemimpi sekali lagi diangkat dari novel tulisan Andrea Hirata. Secara keseluruhannya, novel tulisan beliau ini terdapat 4 siri kesemuanya; Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov (Mimpi-mimpi Lintang).
Sekali lagi Riri Riza diberi kepercayaan mengarahkan filem ini. Aku sendiri cukup suka sentuhan pengarah muda ini dalam filem terdahulunya.
Dalam filem Sang Pemimpi, ia berkisarkan kehidupan watak utamanya, Ikal ketika berada di SMA. Kali ini Ikal digandingkan dengan watak baru; Arai, saudara jauhnya serta Jimbron, lelaki yang terlalu obses dengan kuda!
Filem kali ini lebih menunjukkan sikap keremajaan Ikal, maklum sajalah dah masuk SMA, kalau di Malaysia kira macam sekolah menengah lah... Apa yang menarik, walau sudah lama berlalu, Ikal masih menunggu kekasih hatinya sejak kecil yang telah berhijrah ke Paris.
Mungkin satu lagi yang menarik dalam filem ini ialah percubaan pertama Ariel dari kumpulan popular Indonesia, Peterpan. Ariel memainkan watak Arai dewasa. Nak tahu macamana lakonannya, nantikan filem menarik dari seberang ini. (Lagi...)

Muallaf (Yasmin Ahmad)

Tentu saja aku tidak akan ketinggalan menonton setiap filem arwah. Biar apa orang
nak kata, aku tonton filem sekular atau apa saja, biarkan. Apa yang penting, aku puas dan aku faham untuk mengaplikasikan apa yang aku lihat sebaik-baiknya.
Muallaf merupakan filem arus perdana ciptaan minda kreatif Allahyarham Yasmin Ahmad. Ramai yang kata filem ini agak 'keras' kerana menyajikan perihal yang dapat mengganggu sensitiviti masyarakat. Siapa yang tidak kenal Yasmin Ahmad kan, semua filemnya membawa nilai 1 Malaysia yang mengganggu gugat hati rakyat Malaysia. Tetapi bila PM melancarkan kempen 1 Malaysia, ramai pula yang setuju, walhal arwah sudah lama membawa mesej tersebut...
Muallaf yang dianaktirikan di bumi sendiri serta menjadikan Singapura sebagai persinggahan pertama tayangannya berkisarkan tentang 3 individu Rohana, Rohani dan Brian. Rohana dan Rohani lari dari ayah mereka yang zalim manakala Brian pula berjauh hati dengan ayahnya yang pernah menghukumnya. Apa yang menarik dalam filem ini mungkin dengan konsep yang Yasmin bawa dari dulu dalam kesemua produknya, konsep kedamaian dalam masyarakat berbilang kaum.
Jangan lupa saksikan Amani berkepala botak dalam filem yang banyak memenangi anugerah di luar Malaysia ini. (Lagi...)

Alice in Wonderland (Tim Burton)
Selepas bergabung dalam beberapa filem sebelum ini termasuklah filem hebat Edward Scissorshands dan Sweeney Todd, sekali lagi Tim Burton memanggil aktor hebat, Johnny Depp untuk beraksi dalam filem remake, Alice in Wonderland.
Filem ini memang aku cadangkan ditonton bagi sesiapa penggemar filem-filem fantasi.
Filem ini sudah beberapa kali dibuat, tetapi bila berada di tangan Tim, aku dapat agak bagaimana hasilnya. Tim cukup terkenal dengan filem melankolik dan gelapnya. Lihat saja beberapa hasil kerjanya. Bagi aku, tengok gaya saja aku dah tahu ini memang hasil kerja Tim Burton.
Alice in Wonderland mengisahkan seorang budak perempuan yang 'terperangkap' dalam dunia penuh fantasi dan imaginasi. Tak sabar nak tengok filem ini. Jangan ketinggalan... (Lagi...)

Estet (Mamat Khalid)

Seterusnya, aku mencadangkan anda semua untuk menonton filem hebat Mamat Khalid ini. Beliau cukup popular dengan karya-karya sinikal seperti Zombie Kampung Pisang dan Man Laksa. Paling best aku rasa cerita ROCK kot. Haha...
Apabila bebrbicara tentang estet, pasti otak terus menangkap pada kaum India. Namun, Mamat Khalid menjadikan karya ini sebagai platform menyatupadukan semua kaum di Malaysia, bukan memperkecilkan sesuatu kaum dengan menganggap kaum India adalah golongan kasta yang memang hidup di estet-estet.
Dalam filem Estet ini, Mamat Khalid cuba meyemarakkan keharmonian rakyat Malaysia berbilang kaum. Siap ada joget-joget ala Bollywood... Eh, bukan. Kollywood. Hehe...
Sebelum ini, Jac dicanangkan sebagai pemeran watak heroin disamping Farid Kamil tapi Jac menolak atas dasar ketidakpuasan hati apabila menganggap estet hanya untuk orang India saja. Sepatutnya, Jac lebih berbangga kerana sejak golongan India di bawa masuk ke Tanah Melayu dan diletakkan di estet-estet hingga mereka berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar getah terpenting di Asia. Cuba fikir kalau tak ada mereka macamana...
Tapi, pengganti Jac tu boleh tahan juga lawanya.. Hehe... So, jangan lupa tengok kupasan Mamat Khalid dalam filem ini.

Invictus (Clint Eastwood)
Akhir sekali, aku nak cadangkan pada semua untuk menonton filem hebat ini. Bagi sesiapa yang suka tengok filem yang diadaptasi dari kisah benar macam aku, tak sepatutnya ketinggalan menyaksikan filem ini. Tambah-tambah lagi ia diarahkan oleh pengarah tersohor yang pernah menghasilkan banyak filem hebat seperti Mystic River dan Million Dollar Baby. Siapa lagi kalau bukan Clint Eastwood!
Invictus adalah sebuah kisah benar mengenai tokoh dunia terkenal, Nelson Mandela. Filem ini menceritakan bagaimana beliau cuba bangkit dalam karier politiknya yang hampir hancur kerana dipenjarakan. Bagi sesiapa yang tak kenal Mandela ni, beliau lah individu yang menentang dasar Apertheid.
Bagi menyatupadukan rakyatnya. Nelson memilih bidang sukan sebagai medium utama. Sebut saja Afrika Selatan, tentu saja sukan ragbi yang paling diingati. Melalui sukan inilah Nelson Mandela berjaya menyatupadukan Rakyatnya.
So, mesti tengok filem hebat ini yek! (Lagi...)

File-filem ini sekdar cadangan saja. Tetapi bagi aku lah, aku kena tengok. Hehe.. Takut nanti menyesal.

Thursday, December 3, 2009

Iklan Kempen Anti Dadah : Video Pertama Arahan Aku di Youtube!


Video ini sebenarnya merupakan salah satu tugasan aku di institut. Tak silap aku untuk subjek English yang mana memerlukan aku dan ahli kumpulan yang lain menghasilkan video atau apa saja bentuk iklan.
Idea untuk menghasilkan video ini hadir secara tak sengaja. Ada 2 perantara yang membenarkan idea itu masuk cepat dalam kepala otak aku ni.
Pertama, aku lihat tandas di asrama dan kedua aku tengok kepala Anep, The Sleeping Prince yang masa tu tanpa rambut tinggi terpacak seperti selalu. Aku terrfikir apakah bentuk eksplotasi yang aku boleh buat sementara rambut Anep belum tumbuh lagi. Hahaha... Tengok badan sikit, kurus kering. memang kenalah. Tup-tup... Hadirlah idea membuat video tentang dadah.
Aku rasa video inilah paling teruk sekali bagi Anep pasal dia sampai terpaksa baring-baring atas lantai tandas. Kadang-kadang tu aku saja amek re-shoot banyak kali. Haha... Sorry.
Turut hadir dalam video ini ialah Hardin yang cukup bangga mengenakan t-shirt PBSM, bukan Persatuan Bulan Sabit Merah tapi... Persatuan Berehat Sepanjang Masa. Haha... Pada mulanya watak itu diberi pada Luqee dan dah siap shooting tapi disebabkan masalah tertentu terpaksalah dire-shoot sekali lagi.
Walauapapun, terima kasih pada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menghasilkan video eksklusif aku ni. Haha...

Untuk melangkah ke profesional, kenalah mula dari amatur... Betul tak?
Pengarah / Konsep / Penyunting : Nyong
Skrip / Penata Muzik : Anep & Nyong
Pelakon : Anep & Hardin

Sunday, November 29, 2009

Nur Kasih Drama Terbaik Setakat Ini

Akhirnya, tamatlah riwayat kisah paling romantis pernah aku tengok ni. Nur Kasih yang aku ikut dari episod 1 merupakan sebuah drama bersiri lain dari yang lain. Banyak keistimewaan dalam kisah keluarga ini. Awal-awal lagi aku sudah terpikat bila melihat Jalaludin Hassan yang memegang watak Ustaz Hassan. Sebelum ini beliau banyak melakonkan lelaki korporat tapi berlainan kali ini. Membawakan watak seorang ayah yang tegas dalam didikan agama, Jalaludin mengingatkan aku pada ayahandanya, kebetulan sama namanya yang mana dulu aku sering saksikan di kaca tv dalam rancangan Iqra'.

Pelakon yang lain pun tidak mengecewakan. Paling aku minat pastilah Fizz Fairuz. Mamat ni aku minat sejak dia berlakon dalam drama bersiri Kekasihku Seru. Jika dalam drama berkenaan, Fizz bawa watak seorang lelaki yang alim dan dapat melihat benda-benda ghaib. Seolah-olah ada kesinambungan antara watak tersebut dengan wataknya dalam drama Nur Kasih. Menjadi seorang abang yang sering melindungi adiknya, seringkali berkorban semata-mata melihat orang lain bahagia.
Selain itu, Remy Ishak juga tak menghampakan. Aku kenal mamat ni pula lalu filem Anak Halal. Apa yang menariknya, Fizz dan Remy juga berlakon bersama dalam filem tersebut. Ada dalam satu babak, Remy bergaduh dengan Fizz. Hehe... Masa tu Fizz bawa watak antagonis yang gila-gila.
Tizz Zaqyah, macam yang aku 'uar-uarkan' sebelum ni merupakan buah hati terbaru aku. Hahaha... Walaupun baru lagi dan pernah aku lihat dia berlakon dalam drama Impian Ilyana membawakan watak Kak Ika tapi memang tak silaplah pengarah pilih dia pegang watak Nur Amina tu. Tapi persetankan dululah tentang kisah sosial gadis comel ni. Aku malas nak cerita... Tapi, yang paling menarik awek lama aku pun ada juga. Hehe... Ayu Raudhah. Aduhai, berbelah bahagi pula.
Hadi cakap dia paling minat watak Sarah yang dibawakan oleh Ummi Nazeera. Misteri... Entah apa-apa mamat tu. Kata Hadi, dia berlakon watak seorang gadis yang bermuka-muka menjadi. Betul juga. Aku sering kali membaca maklum balas orang ramai di laman web tv3, ramai juga yang tak suka watak tu, bukan tak suka Ummi. Kira dia berlakon jadilah.
Rasanya aku tak payahlah nak cerita lebih lanjut pasal drama ini pasal aku tahu memang ramai pengikut setia drama ni kan. Mat Ros yang tak pernah tengok dulu pun, bila aku ajak dia tengok sekali, terus tak keluar makan setiap Jumaat malam semata-mata nak tengok kesudahannya. Biar betul? Betul... Mat Ros tu mukanya ganas, tapi hati lembut bak span. Haha... Terbaru aku baca, rating orang yang menonton drama ini hampir 4 juta orang. Perghh... Box-office tu. Mungkin sebab cerita ini memaparkan percintaan selepas kahwin, tidak seperti filem atau drama Melayu yang lain, cukup tipikal.
Yasin hadir sebagai pengalun lagu tema drama bersiri ini. Menggabungkan rentak timur tengah dan ditambah elemen pop, memang cukup rencahlah. Gempaklah... Faham-fahamlah macamana suara Yasin kalau bawak lagu macam ni.

Tapi, rasanya anda semua pun tahu kan kenapa aku memang minat cerita ini. Sebab palin utamanya ialah gandingan suami isteri yang menjadi tulang belakang drama ini. Siapa lagi kalau bukan Mira Mustapha dan Kabir Bhatia. Memang mereka berdua ni kalau kerja bersama dapat menghasilkan kolaborasi paling ideal. Macam aku dan si dia... Siapa? Anda tolong pilihlah antara Tizz dan Ayu Raudhah. Haha...

Tak harap drama ini akan disambung atau difilemkan... Takut impaknya tak sama atau jauh lebih teruk dari drama sebelumnya, alasan yang sama bila orang suruh Kabir buat sambungan drama Kekasihku Seru.
Nak tengok lagi drama ni? Masuk laman web www.tv3.com.my, lepas tu log in. Tak ada akaun? Daftar percuma... Senang!

Mesej Apa Dalam Anak Halal?

Filem : Anak Halal
Pengarah : Osman Ali
Terbitan : Tayangan Unggul

Entah kenapa tiba-tiba datang angin sasau aku malam hari itu nak tengok cerita ni pula. Walhal aku rasa aku dah tengok cerita ni lebih 2 kali. Terakhir aku tengok setahun sudah.
Malam itu aku memulakan misi mencari barang sesiapa yang memiliki cerita ni. Kawan-kawan aku dah naik pelik tengok aku, ke hulu ke hilir.
Aku rasa hampir satu blok asrama tu jugalah aku pusing cari cerita ni. Tapi nasib aku cukup baik. Che Mat a.k.a Faisal masih ada menyimpan lagi cerita ni. Siap burn dalam CD lagi. Haha... Memang rezeki aku.
Malam tu juga aku terus layan seorang, pakai headphone pasal woofer Mc kuatnya memang boleh buat orang berdarah telinga. Hahaha...
Actually, aku suka cerita ni pasal tiga perkara. Pertama, sebab tajuk dia, lain dari yang lain. Tengok tajuk saja aku dah terpikat dan terasa nak tengok isinya. macam best jek kan
Kedua, sebab pelakon-pelakon dia. Siapa yang tak kenal Farid Kamil dan Maya Karin kan? Dua-dua aku minat tapi lebih sikit minatnya pada Maya pasal Maya tu perempuan. Hehe... Selain itu, ramai jugalah pelakon yang dahsyat-dahsyat dalam cerita ni. Rosyam Noor, Kartina Aziz, Bront... Ishhh, ramailah... Ada satu lagi yang berlakon jadi Bonda tu. Aku lupa nama dia. Dia berlakon memang tip-top. Aku memang suka dia berlakon, seronok lah. Terbaru aku rasa dia ada berlakon filem Karaoke. Filem itu wakil Malaysia pergi festival filem apa entah. Gempak!
Sebab ketiga, tentulah sebab pengarah dia. Siapa lagi kalau bukan Osman Ali. Beliau ini aku kenal disebabkan hasil kerjanya yang menarik. Tak silap aku, selain arwah Yasmin Ahmad, Osman pun ada arahkan banyak iklan untuk televisyen. Aku rasalah, nanti aku check balik lah yek... Lagi satu, beliau pernah mengarahkan filem pendek bertajuk Malaikat di Jendela lakonan Ning Baizura. Aku tak jumpa-jumpa lagi cerita ini. Sesiapa ada boleh lah kongsi dengan aku.
Anak Halal pada aku tak banyak mesej. Pada aku Osman nak sampaikan satu mesej saja, "Jadilah Remaja yang Berguna". Itu saja. Tapi macamana filem ini boleh menarik aku untuk menontonnya pasal filem ini ada jiwa, ada feel... Banyak kali dah aku cakap, dalam sesebuah filem mesej tu nombor 2. Paling penting sekali feel, pasal kalau orang tengok pun puas, faham dan seronok. Tak macam sesetengah filem yang lain macam Evolusi KL Drift dan Gerak Khas (Maaflah, tak nak sebut tapi kene sebut juga.)
Farid pada aku memang hero paling mantaplah setakat ini. Dalam cerita ini watak Inderaputra memang hidup. Macam tu juga Maya yang bawa watak Jo. Tomboy tapi tetap sweet pasal cemburu kat Inderaputra. Hehehe... Fasha? Aku tak minat sangat dia ni. Tapi nasib baik lakonan dia tak mencacatkan jalan cerita dalam filem ni. Kalau dia berlakon macam haram jadah, tak tahulah apa nak cakap. Rosyam Noor, aku rasa tak payah cerita lah macamana kan. Bagi jelah watak apa pun, selamba badak jek dia hayun. Tip-top!

Suka dengar lagu yang Bonda, Inderaputra dan Jo nyanyi tu...
Lagu pun main peranan nak menyedapkan sesebuah filem.

Cerita 'Simple' Dari Afdlin

Filem : Papadom
Pengarah : Afdlin Shauki
Terbitan : Tayangan Unggul

Afdlin kembali lagi dengan buah tangan terbaru yang mana aku dapat simpulkan bahawa filem ini lebih mudah, simple tapi berkesan berbanding filem-filem beliau yang lain. Mungkin tak keterlaluan jika aku katakan filem ini ialah filem terbaik dari sutradara prolifik ini. Maklum sajalah, belum ditayangkan lagi, filem ini sudah memenangi banyak anugerah di Festival Filem Malaysia termasuklah bagi katagori Filem Terbaik.

Papadom bukanlah sebuah kisah makanan kegemaran ramai semata-mata tetapi Adflin berjaya menggarap kisah ini menjadi lebih menarik hanya berpandukan subjek papadom. Jarang pembikin filem negara menggunakan idea seperti ini dalam karya mereka. Mungkin betul juga kata CEO Media Prima, Datuk Farid Ridzuan; di Malaysia hanya Afdlin yang berani buat cerita ikut acuan Hollywood.
Menampilkan pelakon-pelakon berbakat, plot Papadom bergerak dengan cukup cantik dan kemas. Ia tidaklah mengelirukan penonton. Siapa yang menonton pasti akan faham. Afdlin kali ini juga tidak menggunakan skrip atau dialog yang panjang tetapi banyak bermain dengan ekspresi wajah, tidak seperti karya beliau sebelum ini, Sumo-lah. Keadaan ini yang membuatkan penonton tidak bosan. Bayangkanlah, untuk babak sedih pun kita tetap boleh tersenyum. Bukan kerana babak sedihnya tak jadi tapi wujudnya elemen gembira yang mengharukan. Bijak betul Afdlin ini... Tidak hairanlah aku boleh layan cerita ini dua kali.
Lakonan Afdlin dan Liyana Jasmay tidak perlu dipersoal lagi. Begitu juga dengan Norkhiriah yang hadir dengan sejuta kelucuan. Farid Kamil dan Que Haidar pula berjaya membuktikan merekalah bakal pelapis hero Melayu satu hari nanti. Scha? Ooo... My sweet girl! Hot pula berlakon jadi si gedik yang malang. Hehe...

Kata Afdlin dalam blognya, beliau menghasilkan Papadom selepas dia terfikir akan kesibukkannya hingga hampir mengabaikan keluarganya. Sebab itulah, beliau menyarankan agar pada sesiapa yang menonton filem ini, hubungilah sesiapa saja yang disayangi dan nyatakan rasa sayang itu.

Brader yang pernah kata, "Sori, brader tak layan cerita Melayu," pun dah tengok cerita ni. Hehe...
Tabik spring pada Harun Salim Bachik, memang besh lakonannya.

Suka lagu Mia Zara!

Tuesday, August 11, 2009

Hanya Kerana Sekeping Setem...

Filem : Setem
Pengarah : Kabir Bhatia
Terbitan : Tayangan Unggul

Hanya kerana sekeping setem, habis semua berantakkan!
Itulah yang cuba dipaparkan oleh Mr. Kabir Bhatia dalam karya terbarunya Setem yang sudah ditayangkan di pawagam berhampiran anda sejak minggu lepas.
Pengarah bijak macam Kabir ni aku rasa, rakyat Malaysia jangan sekali-kali pandang sepi. Jangan asyik kutuk filem Malaysia teruk, tak ada kualiti dan macam-macam lagi. Tengok sajalah filem antarabangsa, bukan semuanya bagus.
Akhirnya, dengan buah tangan terbaru ini, Kabir telah membuktikan Malaysia boleh menghasilkan banyak filem bermutu. Lihat sahaja karyanya sebelum ini seperti Cinta dan Sepi. Filem cinta yang cukup aku suka. Persetankan orang nak cakap aku 'jiwang'. Apa yang penting, aku berhak menilai sesuatu setelah 'mencuba'.
Filem ini pada aku lebih berentak komedi aksi walaupun Kabir ada juga cuba menyampaikan secara road film. Cubaannya ternyata begitu memukau dan bagus. Percubaan yang berani serta boleh dipuji. Melihat pada posternya sahaja aku sudah tertarik, belum isinya lagi.
Kabir berjaya menarik 'mata' aku untuk terus menonton seawal filem ini dengan penceritaan asal-usul setem tersebut. Hanya menggunakan suara Jalaluddin Hassan sebagai narator, penceritaan sejarahnya tidaklah meleweh-leweh hingga membosankan. Grafik yang digunakan juga tidak keterlaluan tetapi memang cantik.
Pemilihan pelakon juga Kabir tidak pandang ringan. Nama-nama besar dalam industri filem negara bukan sekadar pada nama tetapi hasilnya. Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Sathia, Indi, Bront, Vee, Que Haidar dan ramai lagi. Kebanyakkan pelakon ini memang pernah bekerja dengan pengarah prolifik tersebut.
Dari segi plot dan ceritanya, memang 'tip top', berada di kelas yang tersendiri. Dalam erti kata lain apa yang kita jangka di awal cerita belum tentu tepat di akhirnya. Teringat pada cerita Rat Race lakonan pelakon handalan termasuklah Rowan Atkinson. Sepanjang cerita penonton akan ketawa, memberi pendapat dan tersilap di akhir cerita.
Jadi, jangan lupa menonton filem Malaysia yang hebat ini. Aku janji anda akan berpuas hati. Selamat menonton!
Rating : ****/*****


Sunday, July 26, 2009

Hilangnya Seorang 'Yasmin Ahmad'

Melihat keletah M Rajoli dan Kartina Aziz dalam filem Rabun cukup menghiburkan hatiku. Maklum sajalah, dua-duanya seniman dan seniwati negara yang cukup berbakat.
Sewaktu filem ini ditayangkan di TV3, aku masih bersekolah menengah lagi. Aku pun tidak kenal siapa itu 'Yasmin Ahmad'. Kisahnya cukup ringkas, melambangkan budaya orang Malaysia sendiri, walaupun kebanyakkan tidak pernah mengakuinya.

Menonton filem ini membuatkan aku cukup dekat dengan insan di belakang tabirnya. Oleh kerana itulah aku sentiasa menanti kehadiran karya terbarunya. Biarlah orang lain akan berkata filem-filem yang dihasilkan pemikir bebas sepertinya agak mengarut dan kadang-kadang melampaui dari segi adat, norma dan batas pemikiran logik, tapi itulah yang aku minat. Bagi aku menonton filem bukanlah sekadar menonton dengan mata tertutup tapi menonton sambil memutarkan segala mesin dalam fikiran ini. Barulah apa yang kita nak akan kita jumpa dalam sesuatu filem itu. Seorang pengarah bebas, Ho Yuhang pernah berkata, "saya buat filem yang tiada mesej. Saya buat filem yang hanya ada feel. Baru orang akan suka jalan ceritanya."
Begitu juga seorang insan yang dilahirkan sebagai pembikin filem yang setia dengan slogannya, 'FILEM MALAYSIA'. Dia sememangnya seorang yang berfikiran ke arah liberal tetapi bagi aku cukup jujur. Sebab itulah ceritanya aku sentiasa ikuti. Karyanya bukan sahaja aku nantikan di layar besar malah di kaca-kaca peti warna. Aku akan tunggu hasil karyanya setiap kali hadirnya 31 Ogos, Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Walaupun hanya menonton kurang 3 minit tetapi aku tetap puas. Pasti apa yang aku cari akan ada di dalam setiap hasil kerjanya.
Seorang 'Yasmin Ahmad' sahaja belum cukup untuk untuk memantapkan industri filem negara. Sepatutnya perlu ada ramai lagi 'Yasmin Ahmad' dalam arus perdana, berani menyampaikan apa sahaja.
Tidak hairanlah aku sanggup menonton seorang diri filem Gubra tanpa ditemani sesiapapun di GSC Terminal 1, mahupun dengan si dia sekalipun. Aku tahu, tak semua orang minat cerita-cerita macam itu. Jadi, lebih baik aku menonton sendirian, senang nak dapat feel.
Tapi hari ini, kerusi panas sudah kembali kosong mencari 'Yasmin Ahmad' yang lain, seorang pengganti yang dapat berfikir sama atau lebih dari 'Yasmin Ahmad' yang sudah pergi menemui-Nya.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat-Nya kepada Allahyarhamah dan ditempatkan di kalangan orang yang diredhai-Nya. InsyaALLAH...

Aku membesar dengan filem Yusof Haslam, Aziz M Osman, Prof Razak.. Tapi aku menghormati filem orang aliran bebas yang jujur dan tahu kenapa mereka perlu hasilkan filem tersebut...

Wednesday, June 17, 2009

Projek Filem Kembali Lagi!

Setelah sekian lama tidak menghasilkan video dan filem digital, aku terasa kerinduan yang amat sangat terhadap tugasan ini. Kali terakhir aku mengarahkan video iklan anti-dadah. Seronok rasanya sepanjang mengarahkan filem ini kerana aku berjaya 'meragging' Abang Rambut Berdiri hingga dia sanggup baring di atas lantai bilik air. Hehe... Terima kasih ya abang!
Pernah juga awal tahun ini aku ingin merealisasikan sebuah skrip yang sudah lama aku hasilkan berjudul Batu tetapi disebabkan beberapa kekangan, aku terpaksa menangguhkan dahulu hajat itu. Sebab utamanya ialah kerana bagi menghasilkan filem ini, aku terpaksa 'menghandle' sebuah produksi yang cukup besar. Aku sendiri belum sedia untuk melakukannya. Untuk menjayakan video iklan anti-dadah itu pun yang terlibat hanya aku dan Abang Rambut Berdiri, itupun jenuh nak siapkan. Inikan pula melibatkan produksi yang besar, lagi-lagi tak ada habuannya.
Tetapi setelah sekian lama memendam skrip ini aku sudah sedia merealisasikannya. Akulah... Tak tahulah kawan-kawan yang lain.

Tersenyum sendirian lihat filem Selenge yang berjaya memenangi Anugerah khas Juri di Pertandingan Filem Pendek Institut Perguruan Raja Melewar...

Wednesday, June 10, 2009

Laskar Pelangi - Riri Riza (2008)

Filem : Laskar Pelangi
Pengarah : Riri Riza
Terbitan : Miles Production

Filem ini bukanlah satu-satunya filem Indonesia yang mampu membuatkan aku bangun di akhir ceritanya sambil memberi tepukkan paling gemuruh. Sebelum ini, aku sendiri sudah terpaku dengan hasil karya pengkarya-pengkarya dari seberang seperti Tentang Dia, Mengejar matahari, Ada Apa Dengan Cinta (semuanya hasil sentuhan Rudi Soejarwo), Ungu Violet (Rako Prijanto) serta Radit dan Jani (Upi). Terfikir sejenak, kenapa Malaysia tidak buat banyak filem-filem seperti ini?
Laskar Pelangi merupakan sebuah lagi filem yang diangkat dari sebuah novel popular Indonesia yang menggunakan judul yang sama hasil tulisan Andrea Hirata. Sebelum ini filem Ayat-Ayat Cinta juga direalistikkan ke layar perak berdasarkan novel hasil tulisan Haji Habiburrahman dan filem Tentang Dia yang diambil dari cerpen tulisan pemuzik handalan Indonesia, Melly Goeslow.
Mengangkat tema kemanusiaan dan menyamaratakan hak pendidikan, Laskar Pelangi berkisar tentang kehidupan anak-anak Blitong yang menyaksikan peluang dan kemudahan balajar mereka cukup terhad. Aku cukup terpukau dengan lakonan anak-anak dalam filem ini. Mereka berjaya menghidupkan watak seperti Ikal, Lintang, Sahara, Mahar, A Kiong, Syahdan, Kucai, Borek, Trapani dan Harun.


Tidak cukup dengan itu, kehadiran watak-watak Muslimah lakonan Cut Mini Theo memberi kepuasan untuk menonton. Tora Sudiro dan Slamet Rahardjo merupakan nama besar industri perfileman Indonesia yang turut mewarnai filem tersebut.
Paling aku suka ialah dengan kemunculan 'otai' filem di Indonesia, Alex Komang. Walaupun tidak melibatkan banyak babak dan dialog, lakonannya begitu menyerlah. Bagi aku pelakon seperti Alex tidak perlu bermain dengan dialog yang banyak pun sudah mampu menghidupkan wataknya.
Menyentuh soal sinematografi, filem ini tidak mengecewakan aku. Lokasi penggambarannya cantik dan menarik melambangkan keadaan Blitong pada tahun tersebut. Tahniah diucapkan pada produksi.
Susunan lagu dalam filem ini cukup menghiburkan hasil gubahan kumpulan popular Indonesia yang turut dikenali di seluruh dunia, Nidji. Paling menghiburkan sewaktu anak-anak Laskar Pelangi ini sama-sama menyanyikan lagu Seroja (jika di Malaysia lagu ini pernah dinyanyikan oleh Jamal Abdillah). Melalui filem inilah aku mula tahu rupanya lagu tersebut cukup masyhur.
Bagi aku filem ini cukup dekat dengan diri aku. Watak Ibu Muslimah dapat membuat aku sama merasakan 'kehebatan' memiliki anak-anak ini. Mungkin sebab aku bakal seorang guru dan aku sedar semua anak-anak di seluruh dunia ini patut mendapat peluang pendidikan.

Untuk maklumat lanjut : http://id.wikipedia.org/wiki/Laskar_Pelangi

Loghat penduduk Blitong tidak banyak bezanya dengan orang kita...
Jangan jadi orang yang menerima sebanyak-banyaknya,
Jadilah orang yang memberi sebanyak-banyaknya...

Tuesday, May 19, 2009

Rock Star - Stephen Herek (2001)

Pertama kali aku menonton filem ini pada tahun 2005. Aku pun tak tahu kewujudan filem ni di pawagam-pawagam berhampiran aku. Untung sahaja rangkaian televisyen Mediacorp Singapura, TCS 5 memutarkan semula filem ni.
Mark Wahlberg... Mamat ni memang aku minatlah. Tak payah aku nak cerita lebih-lebih pasal lakonannya. Reverse balik ingatan anda tentang lakonan si mamat ni dalam filem The Departed, Italian Job dan banyak lagilah.
Firstly, yang aku minat pasal filem ini adalah disebabkan filem ini mengambil tema kehidupan seorang rockers. Ya... Rockers juga manusia. Banyak salah dan silap, sengaja atau tak sengaja yang mereka semua ini lakukan. Jadi memang kenalah dengan apa yang aku cakap tadi, Rockers juga manusia.
Secara kasarnya, plot filem ini berkisarkan seorang mamat ni yang teringin menjadi penyanyi rock terkenal dan peluang itu datang. Walaubagaimanapu, tanpa disedari hidup sebagai selebriti bukanlah sesuatu yang boleh menjanjikan kebahagiaan. Dadah, wanita dan wang banyak mengelabui kehidupan rakan-rakan sehingga dia sendiri fed-up dengan apa yang dia lalui sekarang. Cinta hatinya pun semakin menjauh dan semakin menjauh... Dan menjauh menjadikannya lebih tertekan. Persoalan yang timbul, kenapa apabila diperkatakan dengan seorang rockers, wang, wanita dan dadah ini menjadi 'bunyi' iringannya?
Ikhlasnya, Rock Star merupakan sebuah karya jujur dengan tema yang menarik dan menceritakan sendiri apa itu dunia selebriti. Aku pula paling menggemari babak akhirnya di mana... Aku tak nak ceritalah. Tengok lah sendiri. Hehe...
Dan tidak lupa juga lagu-lagu dalam filem ini cukup hebat, ditambah dengan gaya panggung kumpulan rockers tersebut tak tumpah seperti Led Zepellin, Guns 'n Roses, AC/DC dan Metallica. Cukup memberangsangkan.

Rating : ***/*****

Monday, March 30, 2009

Dragonball Evolution (2009) : Hollywood 'Bunuh' Pahlawan Saiya

Filem : Dragonball Evolution (2009)
Pengarah : James Wong
Terbitan : 20th Century Fox

Kesibukkan akhir-akhir ini membataskan pergerakkanku untuk melakukan amalan-amalan seharian; berkayuh, main bola dan menulis coretan di ruangan ini. Maklumlah naik sahaja cuti baru-baru ini terus dilanda badai praktikum. Mmm.. Dah nak jadi cikgu rupanya 'budak jahat' ni...
Sebut pasal cuti, aku bersama rakan-rakanku sempat menjenguk layar besar di Jusco Tebrau bagi menyaksikan karya agung animatur terhebat negara Matahari Terbit, Mr. Akira Toriyama. Bagi peminat anime, kalau tak kenal siapa 'otai' ni, bolehlah diibaratkan seperti...menangguk di air keruh (tak taulah ada kaitan tak).


Sebelum kehadiran filem ini, aku rasa anda semua pasti tahu apa itu DragonBall dan aku rasa kalau filem ini tak keluar pun pasti orang ramai takkan lupakan siri anime dan komiknya. Kalau tak silap aku, dulu sudah ada filemnya dikeluarkan di Jepun tapi tidak sepanas goreng pisang yang dijual di Megaway sana. Pelakonnya pun bodoh-bodoh saja aku tengok.
Melangkah sahaja ke panggung, ke'excited'an aku makin melampau-lampau. Gila kau, Go Ku sekarang dah jadi 'orang'. Lagi-lagi negara Papan Holly yang buat cerita ini.
Secara dasarnya, filem ini di angkat dari siri Dragonball dan diubah mengikut citarasa terkini. Aku jangkakan mungkin selepas ini mereka angkat karya Dragonball Z dan Dragonball GT pula. Mana tahu kan...
James Wong memang aku tak kenal siapa si sepet ni. Entah kenapa tiba-tiba diangkat menjadi pengarah filem ini. Kebolehan dia pun aku tak tahu. Mungkin yang aku kenal di dalam filem ini yang menjadi tulang belakangnya ialah Master Stephen Chow. Siapa tak kenal mamat gila-gila ni kan. Tengok sahaja hasil kerjanya dalam filem Shaolin Soccer dan Kung Fu Hustle. Gempak! Tapi yang aku pelik kenapa beliau ni tak mengarah filem ini. Beliau ini memang peminat anime Dragonball sampaikan dia sendiri pernah beraksi sebagai 'Son Go Ku' dalam filem God of Gamblers. Sesuatu yang merugikan...


Kesilapan kedua yang aku lihat adalah pemilihan pelakon. Kenapalah tak gunakan pelakon yang betul-betul mahir dalam seni pertahankan diri. Siapa itu Justin Chatwin? Aku tanya kawan-kawanku semua pun ramai yang tak kenal. Mungkin aku kenallah. Dia pernah berlakon bersama Tom Cruise dalam filem War of the World arahan Steven Spielberg. Tapi secara jujur dan ikhlas aku katakan mamat ni memang hampeh! Lawan macam haram, cakap pun macam baca saja skrip tu dan memek muka pun langsung tak ada 'feel'. Pelik betul macamana boleh jadi Pahlawan Saiya. Bukan dia ni seorang sajalah aku rasa macam haram, watak Chi Chi pun sama juga. harap tayang kuasa dua gunung sahaja lebih! Aku sudah tahu yang filem ini akan keluar sejak tahun 2002 lagi. Masa itu, otak aku selalu membayangkan Jackie Chan yang memegang wataknya. Tapi sayang...
Mungkin yang boleh menjadi harapan dan pengubat duka ialah kehadiran Chow Yun Fatt sebagai Master Roshi atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pendekar Penyu. Berlakon pun kira 'oraitlah' juga.
Tolak watak ke tepi, aku nak bincang pasal jalan cerita pula. Semasa mula-mula filem X-Men nak keluar panggung, aku teringin sangat nak tengok ke'real'an Wolverine dan Cyclops. Jadi ke tak jadi, sama ke tak sama dengan dalam kartun. Dan apabila keluar, memang tak syak lagi kehebatan mutan-mutan ini. Memang puas hati. Tetapi benda itu tidak terjadi dalam plot Dragonball Evolution. Di mana Son Go Ku dengan sikap gila-gilanya dan rambut yang sungguh unik? Satu lagi bila pula Go Ku pergi sekolah bai... Go ku adalah makhluk dari planet lain, planet Saiya. Tinggal di kawasan terpencil dan tak kenal erti bahaya. Kenaifan 'budak berekor' ni sampaikan perempuan pun dia tak kenal. Aku tak kisah kalau Hollywood bak ubah ceritanya. Tapi benda yang patut ada, mesti ada. Pertama 'ekor' Go Ku yang membolehkannya menjadi gorila bila terpandang bulan mengambang, kedua Kurin, sahabat baik Go Ku sewaktu berguru dengan Master Roshi dan ketiga cengkerang penyu yang selalu dipikul Master Roshi. Benda ini semua patut ada tapi hampeh di ketepikan begitu sahaja.
Kurin, watak yang menyebabkan Go Ku menjadi Super Saiya kelas kedua dalam siri Dragonball Z semasa menentang Fliza 'dihilangkan' begitu sahaja. Tidakkah pelik. Watak penting tu...
Dalam filem ni Picollo atau Pikor sebagai antagonis. Dari segi solekkan, aku tabik. Memang sama. Tapi apahal pula keluarnya sekejap sangat. Langsung tak rasa kekejaman dan kezaliman watak ni. Paling menyedihkan babak berlawan dengan Go Ku pun sekejapnya macam mata berkedip. Memang macam haram. Aku nak tengok dua-dua ni berlawan tapi sekejap sangat. Efek pun biasa-biasa saja. Semasa babak berlawan tu, terdapat kelemahan yang aku tengok macam baju yang Go Ku pakai tak koyak langsung walaupun dia dah berubah menjadi gorila. Tapi boleh dimaafkan lagilah.
Seperti biasa, cerita gempak-gempak macam ini pasti akan ada sekuelnya. Jadi tunggu sajalah sama ada Go Ku akan 'dibunuh' buat kali kedua atau tidak....


Rating : * * / * * * * *