Sebelum kejohanan ini bermula, perlaburan yang besar telah dikeluarkan oleh pihak persatuan dengan menghantar skuad berlatih dan menjalani perlawanan ujian di Slovakia. Adakah perlaburan tersebut cukup berbaloi dengan hasil yang dikecapi dalam kejohanan yang turut disertai oleh negara-negara jiran, Thailand, Vietnam, Laos, Indonesia, Myammar dan Singapura?
Sejak kekalahan Malaysia di kejohanan tersebut, pelbagai khabar yang aku dengar termasuklah mengenai pembubaran skuad Harimau Malaya yang cukup dikenali seantero dunia dulu. Tidak cukup dengan itu, langkah menamatkan kontrak jurulatih, B Sathianathan juga kedengaran.
Perlukan masa? Jika itu yang FAM mahu, bubarkan sahaja skuad bola sepak Malaysia. Jangan habiskan duit rakyat dengan janji-janji kosong. Laburkan sahaja wang tersebut untuk sukan yang betul-betul boleh dibanggakan.
Masalah bola sepak Malaysia ini bukanlah sesuatu yang baru. Sudah agak lama. Tetapi sampai bila harus dibincangkan?
No comments:
Post a Comment